• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Accord (2018) Versi AS Dedah Harga Bermula AS$23,570 (RM99,783) 

Honda Accord (2018) Versi AS Dedah Harga Bermula AS$23,570 (RM99,783) 

October 3, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


DI AMERIKA SYARIKAT (AS), Honda Accord sentiasa konsisten dalam ranking teratas dalam barisan model baharu yang mencatatkan jualan tertinggi, dan Malaysia juga tidak terkecuali dalam saingan segmen-D. Justeru pengenalan Accord serba baharu semestinya sangat ditunggu-tunggu peminat Honda di negara Uncle Sam itu, apatah lagi golongan elit, eksekutif dan tauke seluruh Malaysia.

Terkini, Honda menyiarkan maklumat harga Accord serba baharu untuk pasaran Amerika Utara, berserta foto-foto baharu.

Enjin 4-Silinder, 1.5L Pengecas Turbo dan Transmisi Variabel Berterusan (CVT)
  • LX - AS$23,570 (RM99,783) + AS$875 (RM3,704) untuk caj penghantaran
  • SPORT - AS$25,780 (RM109,139) - opsyen CVT dan manual 6-kelajuan
  • EX - AS$27,470 (RM116,294)
  • EX-L - AS$29,970 (RM126,878), atau AS$30,970 (RM131,111) + navigasi
  • TOURING - AS$33,800 (RM143,092)
Enjin 2.0L, Transmisi Automatik 10-Kelajuan
  • SPORT - AS$30,310 (RM128,317)
  • EX-L - AS$31,970 (RM135,345) + tambahan kos untuk navigasi
  • TOURING - AS$35,900 (RM151,982).

Namun, harga Accord versi hibrid belum dimaklumkan. Honda juga tidak mendedahkan rating tahap penggunaan bahan api untuk varian hibrid dan 2.0L.

Bagaimanapun rating EPA bagi model 1.5L CVT mencatatkan kadar 30 batu per gelen (mpg) atau 12.75km per liter (kpl) dalam bandar dan 38mpg (16.15kpl) atas lebuh raya, serta 33mpg (14.02kpl) untuk kedua-dua penggunaan bandar-lebuh raya.

Model Sport dan Touring pula mencatatkan kadar EPA lebih tinggi seperti berikut:

  • 29/35/31mpg (12.32/14.88/13.17kpl) - Sport CVT
  • 26/35/31mpg (11.05/14.88/13.17kpl) - Sport 6MT
  • 29/35/31mpg (12.32/14.88/13.17kpl) - Touring CVT

Angka dicatatkan itu menunjukkan penambahbaikan konsisten dari segi penjimatan bahan api berbanding model terdahulu yang berada pada kadar 27/36/30mpg bagi model 2.4L dengan CVT dan 18/28/21mpg untuk manual V6.

Walaupun menampilkan banyak kemas kini dan penambahbaikan, Honda cuma menaikkan sedikit harga berbanding model 2017 yang bermula AS$22,455 (RM95,063) untuk LX dan AS$34,930 (RM147,876) untuk Touring 6-silinder.

Model mana satukah yang bakal dibawa masuk Honda Malaysia? Kami menjangka model standard dan hibrid sudah berada dalam senarai utama. Pasti agak mengejutkan jika tiba-tiba model Sport turut dibawah masuk. Apapun, kata putus berada dalam tangan Honda Malaysia. Tungguuuu...

GALERI

HONDA ACCORD HYBRID TOURING
HONDA ACCORD SPORT
HONDA ACCORD TOURING
HONDA ACCORD 2.0T TOURING

SUMBER: Car Scoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda Accord, Honda Accord (2018), Honda Accord versi Amerika, mid-size, Roda4, sedan saiz pertengahan, Segmen D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my