• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Bell Perkenal Varian Helmet 'Street' dan 'Dirt' 2018, Tampilkan Teknologi MIPS

Bell Perkenal Varian Helmet 'Street' dan 'Dirt' 2018, Tampilkan Teknologi MIPS

October 1, 2017 By Aryon 1 Comment

187
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA Ekspo Motosikal Antarabangsa Amerika (AIMExpo) 2017, Bell Helmets melancarkan barisan helmet 2018 untuk varian 'Street' dan 'Dirt', dengan menampilkan rekabentuk baharu dan pembaharuan teknologi. Varian Street membariskan Star-MIPS Equipped (dilengkapi MIPS) dan RS-2, serta barisan helmet premium Pro Star Flex hingga entry level, Qualifier, dengan kemas kini warna menarik.

Bell sebenarnya pertama kali menggunakan teknologi MIPS, atau Sistem Perlindungan Impak Multi-Arah, pada helmet basikal sebelum diperkenalkan kepada helmet motosikal. MIPS direka untuk menguruskan tenaga dari impak sudut dan putaran menerusi penggunaan sistem satah gelincir (slip-plane) yang bergerak dalam helmet seakan meniru sistem perlindungan otak manusia. Teknologi tersebut membolehkan kepala si pemakai melungsur bebas dalam helmet ketika berlaku impak kemalangan kritikal, sekali gus mengurangkan bahaya ke atas otak dan risiko kecederaan otak serius.

BELL 'STREET' UNTUK PENUNGGANG JALANAN

RS-2 (gambar atas) tampil dengan teknologi baharu dan dinaik taraf. Varian itu juga adalah antara helmet Bell paling mampu milik yang dilengkapi pelbagai ciri terkini. Didatangkan dengan rekaan gentian kaca ringan DOT/ECE dan pelindung matahari dalaman yang lancar guna.

Helmet ini juga senyap dan selesa, serta memiliki rekabentuk aerodinamik optimum yang mampu menyingkirkan bunyi bising disebabkan gelora udara atau turbulen. Datang bersama pelapik selesa X-Static, pengudaraan RS-2 cukup cemerlang, termasuk serasi dengan kaca mata dan komunikasi.

Barisan full face Street 2018 ditutup dengan varian premium Pro Star Flex dan entry level Qualifier. Tahun ini, Bell menambah baik barisan Qualifier dengan menawarkan empat opsyen varian seperti Qualifer DLX MIPS-Equipped, Qualifer DLX, Qualifer DLX Blackout, dan Qualifier. Sebagai tambahan kepada helmet baharu, semua barisan full face 2018 juga menampilkan warna dan grafik baharu.

* Klik gambar untuk zum besar.

Pro Star Flex - AS$1,199 (RM5,063)
Race Star Flex - AS$699 (RM2,951) - AS$799 (RM3,373)
Star MIPS - AS$499 (RM2,107)
RS-2 - AS$299 (RM1,262)
Qualifier DLX MIPS - AS$269 (RM1,135)
Qualifier DLX - AS$249 (RM1,051)
Qualifier DLX Blackout - AS$149 (RM629)
Qualifier - AS$109 (RM460)

BELL 'DIRT' UNTUK OFF-ROAD

Bagi barisan premium helmet off-road, Bell kini menawarkan Moto-9 dengan MIPS yang digabungkan dengan FLEX dalam setiap helmet. Ini bermakna dua teknologi perlindungan-kepala termaju bergabung bersama. Moto-9 menutup barisan helmat 2018 bersama MX-9 Adventure MIPS, MX-9 MIPS, dan varian Bell paling popular, Moto-9 Flex.

Moto-9 Flex - AS$649.95 (RM2,744) - AS$699.95 (RM2,955)
Moto-9 MIPS - AS$399.95 (RM1,688)
MX-9 Adventure MIPS - AS$209.95 (RM) - AS$219.95 (RM928)
MX-9 MIPS - AS$199.95 (RM844) – AS$219.95 (RM928)

Sila layari laman web Bell.com untuk melihat lebih banyak rekaan grafik baharu varian Street dan Dirt!

Related

187
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Bell Helmets, Dirt, helmet, helmet Bell, helmet full face, helmet off-road, MIPS, motosikal, roda2, Sistem Perlindungan Impak Multi-Arah (MIPS), Street, topi keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev