• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tidak Cukup Masuk F1, Aston Martin Mahu Buat Kapal Selam Pula

Tidak Cukup Masuk F1, Aston Martin Mahu Buat Kapal Selam Pula

October 4, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUNIA kereta yang biasa digambarkan hanyalah secebis daripada kemewahan kerana sebenarnya ada banyak lagi kenderaan mewah lain seperti jet peribadi, helikopter dan kapal persiaran. Inilah yang mahu diteroka Aston Martin.

Selepas mengumumkan penyertaan dalam Formula Satu (F1) bersama Red Bull Racing, Aston Martin mahu terlibat pula dalam kerjasama kreatif dengan Triton Submarines. Melalui kod nama Projek Neptune, kerjasama itu membolehkan Aston Martin berkembang dalam bidang baharu dunia mewah.

BACA >>> Aston Martin Sertai Red Bull Racing Masuk F1 Musim 2018! James Bond Mesti Tumpang Bangga!

Triton Submarines adalah pengeluar kapal selam kecil (submersibles) canggih yang berpangkalan di Florida, Amerika Syarikat. Selain mempunyai kepakaran dalam rekabentuk, syarikat diasaskan L Bruce Jones dan Patrick Lahey itu turut menghasilkan dan menguruskan operasi kapal selam kecil bagi tujuan penyelidikan, penjelajahan dan persiaran.

Berikut Butiran Projek Neptune:
  • Projek Neptune bakal menggabungkan kepakaran dan pengoperasian kapal selam Triton dengan kemahiran, rekabentuk dan material dimiliki Aston Martin.
  • Projek berkenaan akan diselia Aston Martin Consulting, dan kerjasama yang dibentuk bakal menghasilkan konsep unik yang bakal membentuk kenderaan edisi terhad dan eksklusif.
  • Projek Neptune akan menggunakan platform Profil Rendah (LP), tiga penumpang yang dimiliki Triton.
  • Platform tersebut akan dihasilkan mengikut gaya bahasa progresif Aston Martin.
  • Lebih menarik, kapal selam kecil itu mengambil ilham rekaan daripada kereta hiper, Aston Martin Valkyrie.

BACA >>> Aston Martin Vanquish S Red Arrows Edition Angkat Kehebatan Pasukan Aerobatik Udara Britain

Kepada golongan sasar super mewah, rasanya tiada masalah bagi mereka untuk melengkapkan koleksi Aston Martin. Bayangkan memandu ke marina dengan kereta Aston Martin terkini atau edisi James Bond, kemudian naik pula kapal pesiar yang di dalamnya tersimpan kapal selam. Akhir sekali, di atas dek kapal siap tersedia helikopter peribadi. Wow, ini baru betul-betul kaya!

Related

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Aston Martin, Auto Terkini, kapal selam, kapal selam kecil, Project Neptune, Projek Neptune, Roda4, Triton Submarines LLC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev