• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian Interbrand: Honda, Jenama Automotif ke-4 Terbesar Dunia, Dinilai RM96.31 Bilion!

Kajian Interbrand: Honda, Jenama Automotif ke-4 Terbesar Dunia, Dinilai RM96.31 Bilion!

October 3, 2017 By Abang Hirata 2 Comments

463
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU-baru ini Interbrand mengeluarkan hasil dapatan terkini mengenai jenama global termasuk ranking industri automotif. Berdasarkan kajian 'Best Global Brands', Honda berada di kedudukan ke-20 terbesar dunia berikutan peningkatan nilai sebanyak tiga peratus. Secara keseluruhan, firma konsultan jenama global itu meletakkan nilai jenama Honda pada nilai AS$22.696 bilion (RM96.31 bilion).

"Kekuatan jenama Honda ialah lambang kepada kedudukan pengaruh kami dalam pasaran," kata Naib Presiden Kanan Honda Motor Europe, Philip Ross.

BACA >>> 38 Foto Honda Civic Type-R (2017) Ini Pasti Buat Anda Terliur!!!

PHILIP ROSS

"Pelbagai rentas produk baharu seperti model sifar emisi, Clarity Fuel Cell dan Honda Civic Type-R yang cemerlang menunjukkan kepentingan teknologi termaju kepada jenama Honda. Program Electric Vision diumumkan baru-baru ini pula akan mempercepatkan lagi kemajuan jenama Honda, yang akan menawarkan pasaran dengan pelbagai kenderaan elektrik bermula 2018."

Pengiktiran Honda itu ialah hasil pencapaian signifikan yang dicapai pad 2016 dan juga pengumuman besar pada tahun ini. Dalam ranking sesama pengeluar automotif lain, Honda berada pada kedudukan ke-4 selepas Toyota, Mercedes dan BMW.

Berikut Peristiwa dan Sejarah yang Bakal Dicipta Honda:

  • Pada Pameran Motor Frankfurt 2017, Honda mengesahkan teknologi elektrik akan digunakan pada setiap kenderaan baharu yang dilancarkan di Eropah.
  • CEO Honda Motor Company, Takahiro Hachigo menyatakan komitmen itu ketika melancarkan model Urban EV Concept yang akan dipasarkan di Eropah pada 2019.
  • Di peringkat global pula, Honda mensasarkan menggunakan teknologi elektrik dalam dua per tiga kereta baharu menjelang 2030.
  • Selain automotif, Honda turut menawarkan pelbagai produk lain seperti pesawat udara, motosikal dan barangan elektrik (mesin rumput). Ini mengukuhkan lagi posisi Honda sebagai pengeluar enjin terbesar dunia.
  • Pada 2017, HondaJet mencipta rekod kelajuan baharu Miami-Panama yang diiktiraf Persatuan Aeronautik Kebangsaan (NAA).
  • HondaJet menyerahkan lebih banyak pesawat berbanding pengeluar lain dalam segmen sama.
  • Kepakaran Honda dalam bidang robotik dan autonomi membantu penghasilan mesin rumput robotik, Miimo pada 2016.
  • Miimo mampu mengecas sendiri melalui dok pengecas elektrik dan bergerak dengan pintar dalam kawasan laman untuk memotong rumput.

Interbrand melakukan kajian Best Global Brand selama 18 tahun. Kajian dilakukan dengan menganalisis betapa kekuatan jenama dapat menentukan kejayaan sesebuah syarikat dengan menumpukan kepada prestasi kewangan produk dan perkhidmatan, fungsi jenama dalam membuat keputusan pembelian pelanggan, dan kekuatan keseluruhan jenama.

interbrand
Honda_Civic_Type_R_FK8
HONDA_NSX_SILVER_METALLIC_1
HondaJet
mesin-rumput-honda-miimo
honda-logo

SUMBER: Interbrand

Related

463
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Best Global Brands, Honda, Interbrands

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev