• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio - Inilah SUV Paling Pantas di Nürburgring!

Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio - Inilah SUV Paling Pantas di Nürburgring!

September 30, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


REKOD dicipta untuk dicabar dan dileburkan, apatah lagi jika dicatatkan di litar Nürburgring, Jerman kerana di situlah medan terbaik dalam menentukan kereta siapa lebih hebat. Sementara menunggu rekod Honda Civic Type-R atau Porsche 911 GT2 RS dileburkan, ini pula berita yang jarang kedengaran.

Inilah kenderaan utiliti sukan (SUV) pengeluaran yang mencatatkan masa terpantas di Nürburgring berjarak 20.7km. Menariknya, rekod tersebut  bukan dicatatkan pengeluar mewah, sebaliknya pengeluar model-model anggun dan seksi, iaitu Alfa Romeo menerusi Stelvio Quadrifoglio.

SUV YANG LEBIH PANTAS

Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio.10
Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio.09
Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio.06

SUV itu mencatatkan masa 7 minit 51.7 saat, iaitu lapan saat penuh lebih pantas berbanding catatan rekod SUV pengeluaran sebelum ini. Tugas memandu digalas drebar Itali, Fabio Francia, iaitu individu sama yang mencatatkan masa terpantas untuk sebuah kereta sedan 4-pintu di litar ini menggunakan Giulia Quadrifoglio dengan masa 7 minit 32 saat.

Semestinya catatan berkenaan dianggap pencapaian istimewa memandangkan Stelvio Quadrifoglio ialah model SUV pertama Alfa Romeo. Model tersebut sebenarnya bukan sekadar SUV yang cuma dibuat mengangkut penumpang, mengisi barang-barang IKEA ataupun pergi keluar memancing, tetapi pembinaannya dibuat secara luar biasa.

BACA >>> #TahukahAnda: Rahsia Ular Telan Manusia dalam Logo Alfa Romeo dan Kaitan Perang Salib

Pembuatan Stelvio Quadrifoglio menggunakan material ringan, misalnya aci pacu (driveshaft) daripada gentian karbon yang mengandungi lebih ketegaran kilasan (torsional rigidity), manakala respon stereng lebih jitu dan tajam dengan pembahagian nisbah berat seimbang.

Dikuasakan enjin aluminium sepenuhnya bersesaran 2.9L V6 suntikan terus, 24 injap turbo-kembar berkuasa 510hp dan tork 600Nm, Stelvio Quadrifoglio mempunyai bentangan enjin kompak 90° dan direka supaya dipasang rendah ke dalam casis.

Malah, turut dipadankan dengan transmisi 8-kelajuan automatik (hello CVT dan klac dual!) yang ditala secara spesifik unutk mendapatkan penukaran gear dengan masa 150 milisaat dalam mod Race. Sebelum terlupa, SUV ini menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) Q4.

TEKNOLOGI TERMAJU

Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio.01
Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio.03
Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio.02
Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio.08

Stelvio Quadrifoglio menampilkan teknologi eksklusif, seperti empat opsyen mod pemanduan Alfa DNA Pro, iaitu Race, Diferensial Pemvektoran Tork (TVD), Suspensi Adaptif dan Sistem Silinder Nyahaktif untuk kecekapan bahan api.

Terdapat juga beberapa pilihan aksesori prestasi seperti kerusi lumba ringan Sparco yang diperbuat daripada gentian karbon (ini SUV kan?). Kerusi itu direka supaya jadi paling ringan dalam segmen, dan pada masa sama menawarkan keselesaan untuk perjalanan jauh. Tampak lebih garang dan sesuai dengan prestasi SUV super ini ialah sistem brek Brembo daripada material gentian seramik (carbon-ceramic material - CCM).

Rekod terpantas sudah dicipta. Namun Stelvio Quadrifoglio masih belum dipasarkan hingga 2018 di Britain. Setakat ini, pelanggan hanya boleh memesan Alfa Romeo Stelvio versi standard dahulu.

BACA >>> Alfa Romeo Stelvio - Seindah Nama, Seseksi Rupa, Sehebat Kuasa

GALERI

Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio.01
Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio.02
Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio.03
Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio.04
Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio.05
Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio.06
Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio.07
Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio.08
Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio.09
Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio.10

Related

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Alfa Rome Stelvio Quadrifoglio, Alfa Romeo, Alfa Romeo Stelvio, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nürburgring, Roda4, SUV, SUV paling pantas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev