• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 11 Fakta Tentang Mazda CX-5 CKD Serba Baharu yang Perlu Anda Tahu

11 Fakta Tentang Mazda CX-5 CKD Serba Baharu yang Perlu Anda Tahu

September 30, 2017 By Azhan O 1 Comment

246
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAZDA CX-5 serba baharu baru saja dilancarkan di kilang pemasangan Inokom Corporation dekat Kulim, Kedah kelmarin (28/09) dengan dihadiri media-media tempatan dan negara serantau. Menurut Mazda, CX-5 versi CKD ini juga menjadi model yang akan dieksport ke pasaran jiran Asean lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja dan Myanmar.

Selain menjanjikan kualiti sama seperti dari kilang di Jepun, Mazda turut mempertaruhkan model diesel sebagai varian paling premium dengan menawarkan spesifikasi lengkap, satu cubaan cukup berani yang menongkah arus. Apakah Mazda menerusi CX-5 serba baharu akan mencetuskan revolusi baru kenderaan diesel bagi model-model massa di kalangan pengguna Malaysia?

Apapun, mari kita ketahui beberapa fakta ringkas dan padat mengenai kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan paling hangat ini. Apa yang menarik sangat tentang CX-5 serba baharu?

BACA >>> Mazda CX-5 (2017) Serba Baharu CKD Dilancarkan, Harga Bermula RM134k, Varian Diesel Paling Premium

1. TAMPIL 5 VARIAN (3 PETROL & 2 DIESEL)

  • 2.0L GL SKYACTIV-G (petrol) - 162hp, 210Nm, 182kmj - RM134,605.50
  • 2.0L GLS SKYACTIV-G (petrol) - 162hp, 210Nm, 182kmj - RM148,650.50
  • 2.5L GLS SKYACTIV-G (petrol) - 192hp, 257Nm, 196kmj - RM160,996.70
  • 2.2 GLS SKYACTIV-D 2WD (diesel) - 173hp, 420Nm, 206kmj - RM164,579.10
  • 2.2L GLS SKYACTIV-D AWD (diesel) - 173hp, 420Nm, 206kmj - RM175,179.10

2. VARIAN ENJIN SKYACTIV PETROL & DIESEL

Menampilkan 2 varian enjin, petrol (SKYACTIV-G) dan diesel (SKYACTIV-D) yang mana setiap varian menggunakan enjin SkyActiv DOHC 16-valve 4-silinder. Versi petrol didatangkan dengan teknologi pemasa injap variabel (VVT).

3. CIRI KESELAMATAN STANDARD

Menarik mengenai CX-5 generasi kedua ini, ciri keselamatan dibekalkan secara standard untuk semua varian seperti:

  • 6 Beg Udara SRS
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Sensor Laju untuk Kunci Auto
  • Auto Hold
  • Kunci Walk Away (tiada untuk varian 2.0L GL SKYACTIV-G)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Amaran Tali Keledar
  • Tali Keledar 3-Poin
  • Tali Keledar dengan Retraktor Kunci Kecemasan (ELR)
  • ISOFIX dengan Pautan Atas
  • Sistem Anti Kecurian dan Imobiliser Enjin
  • 5-bintang Euro NCAP dan JNCAP

BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Mazda CX-5 Diesel (2016)

4. VARIAN DIESEL PALING PREMIUM, SPESIFIKASI LENGKAP

mazda-cx5-ckd-2.2l-gls-awd-11
mazda-cx5-ckd-2.2l-gls-awd-2
mazda-cx5-ckd-2.2l-gls-awd-13

Menarik mengenai CX-5 serba baharu, varian diesel (GLS 2WD dan GLS AWD) ialah versi paling premium dari segi harga, dan spesifikasi yang ditawarkan. Selain ciri keselamatan penuh (seperti di atas), kedua-dua varian diesel tersebut turut dibekalkan Teknologi Keselamatan Termaju lengkap seperti:

  • Lampu Utama LED Adaptif (ALH)
  • Pemantauan Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Sistem Amaran Tukar Lorong (LDWS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LAS)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAA)
  • Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS) - roda depan dan belakang.

Bagaimanapun, varian diesel (GLS 2WD dan GLS AWD) tiada ciri Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS) yang khas untuk petrol sahaja (2.0L GLS dan 2.5 GLS).

5. VARIAN ASAS TIADA TEKNOLOGI KESELAMATAN TERMAJU

Semua varian, diesel dan petrol, menampilkan ciri keselamatan asas penuh dengan rating 5-bintang Euro NCAP dan JNCAP (lihat poin 3). Namun varian asas, 2.0L GL tiada Teknologi Keselamatan Termaju (seperti poin 4, di atas). Dua lagi varian petrol (2.0L GLS dan 2.5L GLS) pula tiada ciri ALH, LDWS,
LAS, DAA dan SCBS untuk roda belakang.

6. OPSYEN PACUAN SEMUA RODA (AWD)

Tidak lengkap karakter sebuah SUV jika tiada versi pacuan semua roda (AWD), begitu juga CX-5 serba baharu ini. Varian diesel, 2.2L GLS SKYACTIV-D AWD adalah satu-satunya unit CX-5 yang menawarkan sistem AWD, manakala varian lain ialah versi pacuan dua roda (2WD).

7. SISTEM INFOTAINMENT LENGKAP

CX-5 serba baharu turut menampilkan fungsi infotainment lengkap untuk semua varian seperti:

  • Sistem Infotainment M2D Connect dengan Arahan Suara
  • Paparan skrin sentuh warna penuh 7-inci
  • Kawalan Arahan Multi Fungsi
  • Radio AM/FM
  • Auksiliari - jek input audio (3.5mm Mini-Stereo)
  • Sambungan Bluetooth - telefon bebas tangan dan serasi audio
  • Pemain cakera padat (CD) dan MP3
  • Pembesar suara
  • Sistem navigasi GPS (tiada untuk 2.0L GL)
  • 4 soket USB (2 konsol tengah, 2 perehat lengan belakang)
  • Kamera undur dengan garis panduan jarak dan lebar.

8. MOD PEMANDUAN

Hanya varian petrol sahaja (2.0L GL, 2.0L GLS, 2.5L GLS) didatangkan dengan mod pemanduan sport.

9. WARNA BAHARU

  • Soul Red Crystal (merah)
  • Machine Grey (kelabu)
  • Snow Flake (putih salji)
  • White Pearl Mika (putih mutiara)

10. EKSTERIOR

mazda-cx5-ckd-2.5l-gls-19
mazda-cx5-ckd-2.5l-gls-13
mazda-cx5-ckd-2.5l-gls-17
mazda-cx5-ckd-2.5l-gls-12
mazda-cx5-ckd-2.5l-gls-14
  • Lampu depan LED, automatik, pelarasan auto.
  • Lampu siang (DRL) LED (kecuali 2.0L GL)
  • Lampu kabus LED
  • Lampu kabus belakang
  • Lampu undur LED
  • Bilah pengelap auto
  • Masukan tanpa kunci (keyless)
  • Spoiler bumbung belakang
  • Antena 'sirip jerung'
  • 2 ekzos
  • Sensor parkir
  • Hendal pintu warna badan

11. INTERIOR

mazda-cx5-ckd-2.0l-gls-6
mazda-cx5-ckd-2.0l-gls-8
mazda-cx5-ckd-2.0l-gls-4
mazda-cx5-ckd-2.0l-gls-5
mazda-cx5-ckd-2.0l-gls-9
  • Punat tekan-mula
  • Brek Parkir Elektronik (EPB)
  • Punat kawalan di stereng
  • Kluster Instrumen LCD TFT 4.6 inci dengan paparan multi-info (kecuali 2.0L GL - paparan standard)
  • Trim papan pemuka - Metalik Gan (2.0L GL sahaja) , Metal dan Kayu (kecuali 2.0L GL)

12. DIMENSI

Dimesi Mazda CX-5 generasi kedua adalah seperti berikut:

  • Panjang 4,550mm
  • Tinggi 1,675mm
  • Lebar 1,840mm
  • Jarak Roda 2,700mm
  • Kelegaan Tanah 185mm (2.0L GL & 2.0L GLS); 193mm (2.5 GLS, 2.2 GLS 2WD, & 2.2L GLS AWD)
  • Berat Kerb 1,572kg (2.0L GL & 2.0 GLS); 1,588kg (2.5L GLS); 1,656kg (2.2L GLS 2WD), 1,719kg (2.2 GLS AWD)
  • Kapasiti But 442 liter hingga 1,342 liter jika kerusi dilipat.

GALERI

PELANCARAN MAZDA CX-5 CKD SERBA BAHARU
MAZDA 2.5L GLS SKYACTIV-G
MAZDA CX-5 2.0L SKYACTIV-G
MAZDA CX-5 2.2L GLS SKYACTIV-D AWD

Related

246
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), mazda, Mazda CX-5 CKD, Mazda Malaysia, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev