• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Wanita Arab Saudi Akhirnya Dibenarkan Memandu (Yakin Boleh!)

Wanita Arab Saudi Akhirnya Dibenarkan Memandu (Yakin Boleh!)

September 28, 2017 By Han Othman 2 Comments

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUAT masa ini, Arab Saudi adalah satu-satunya negara di dunia yang tidak membenarkan kaum wanita memandu. Namun, segalanya bakal berubah apabila pemerintah negara itu, Raja Salman memutuskan menghapuskan larangan tersebut berkuat kuasa 24 Jun 2018.

Sebelum ini, mana-mana wanita yang ditahan kerana memandu di Arab Saudi akan didenda. Bagaimanapun, pada Selasa lalu, Duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat, Putera Khaled Salman menyatakan keputusan dibuat Riyadh itu ialah hari bersejarah bagi negara berkenaan.

BACA >>> Putera Saudi: "Inilah Masa Wanita untuk Memandu."

"Saya fikir kepimpinan kami memahami betapa masyarakat sudah bersedia. Ini ialah keputusan yang tepat pada masa yang tepat."

KEMPEN WOMEN2DRIVE

Sebelum keputusan penarikan larangan memandu ke atas wanita itu dibuat, kumpulan aktivis hak asasi sudah lama melancarkan kempen 'Women2Drive' yang menuntut hak memandu untuk perempuan. Kempen itu pernah ditentang beberapa pemimpin agama yang mendakwa wanita kurang bijak memandu dan ada pula yang mengatakan memandu boleh merosakkan kesihatan wanita.

BACA >>> Benarkah Wanita Lebih Teruk Parkir Kereta Berbanding Lelaki?

Bercakap kepada agensi berita BBC, salah seorang aktivis, Sahar Nassif berkata;

Saya tidak percaya. Saya mula ketawa, melompat dan menjerit. Ini ialah kejayaan hebat.  Saya akan pergi beli kereta impian saya, sebuah Mustang konvertibel, ia patut dalam kuning dan hitam!"

Putera Khaled mengesahkan, apabila larangan tersebut ditarik balik, wanita tidak perlu lagi meminta keizinan daripada lelaki untuk mengambil kelas memandu, dan tiada sebarang sekatan ke mana mereka pergi.

SUMBER: BBC

Related

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Arab Saudi, Auto Terkini, Kereta, larangan memandu ditarik balik, wanita Arab Saudi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my