• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #TahukahAnda: Apakah Beza Cafè Racer, Brat, Tracker dan Scrambler?

#TahukahAnda: Apakah Beza Cafè Racer, Brat, Tracker dan Scrambler?

September 27, 2017 By ZY 3 Comments

850
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SECARA kasar, semua motosikal di bawah ini nampak serupa, tetapi bagi mereka yang mengikuti rapat rekabentuk custom dari Barat, setiap  gelaran motosikal tersebut memang menampilkan ciri modifikasi berbeza. Kadangkala boleh dibawa bergaduh pula apabila masing-masing ada idea dan definisi berbeza bagi setiap gaya berkenaan.

Apakah anda masih tertanya-tanya apakah perbezaannya antara cafè racer, brat, tracker dan scrambler? Kami ada huraian ringkasnya di bawah:

BACA >>> #RetroAuto: Apakah Itu Motosikal 'Cafe Racer'?

1. CAFE RACER


Seperti pernah kami jelaskan dalam artikel sebelum ini, cafè racer ialah motosikal biasa yang di'bogel'kan untuk tujuan perlumbaan. Alasannya, mengurangkan berat motosikal. Karakteristik profil cafè racer paling utama ialah penggunaan hendal jenis clip-on lebih rendah dan pelana rata dengan bonggol di hujung.

2. BRAT


Brat ialah cafè racer versi Jepun. Panggilan Brat berasal daripada nama kedai Brat Style milik Go Takamine yang menjadi pelopor gaya tersebut. Karakteristik utama Brat adalah kebanyakan komponen tidak disadur dengan krom, sebaliknya warna hitam kusam atau matte digunakan, manakala ekzos disalut material fiber tahan panas. Pelana gaya Brat juga menampilkan rekabentuk unik dan rata tanpa bonggol, dipanggil 'kerusi pisang' (banana seat).

BACA >>> Suzuki GSX-R150 Disumpah Jadi Cafe Racer, Memang Sungguh Menggoda Jiwa

3. TRACKER


Rekabentuk tracker diilhamkan daripada motosikal lumba flat-track, di mana perlumbaan berlangsung atas trek tanah rata berbentuk oval. Bezanya, motosikal asal trek itu diubah suai menjadi jentera yang sah ditunggang atas jalan raya. Walaupun nampak hampir sama dengan cafè racer, ciri utama tracker ialah tayar flat-track dengan alur bunga tayar lebar untuk cengkaman atas permukaan tanah rata.

4. SCRAMBLER


Scrambler dan tracker berkongsi rekabentuk hampir serupa, cuma scrambler lebih menumpukan kepada tunggangan atas permukaan tanah tidak rata. Jadi, selain penggunaan tayar knobbies untuk lebih cengkaman, scrambler turut dilengkapi fender dan ekzos lebih tinggi yang sesuai untuk tunggangan lasak.


GAYA TUNGGANGAN BERBEZA

Tidak dapat dinafikan gaya-gaya custom itu kelihatan begitu mirip, cafè racer bagi anda mungkin kelihatan seperti tracker pada pandangan mata orang lain. Namun, perkara yang harus dipersetujui dalam membezakan rekaan custom tersebut ialah gaya tunggangan setiap kategori motosikal berkenaan.

cafe racer racing
street-750-flat-tracker
brat style
ducati-250-scrambler-1

Cafè racer seperti 'racer' pada namanya, menampilkan tunggangan ala perlumbaan sebenar dengan posisi tubuh rapat ke tangki dan kedudukan kaki lebih ke belakang. Brat pula memerlukan tubuh dicondongkan ke hadapan dengan kedudukan kaki di bahagian tengah. Gaya tunggangan tracker dan scrambler lebih tegak, sesuai dengan kegunaan motosikal tersebut atas permukaan jalan tidak rata.

Bagaimana, sudah dapat buat perbezaan?

Related

850
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, brat, Cafe racer, motosikal, roda2, scrambler, tahukah anda, tracker

Comments

  1. Jambujagus says

    September 10, 2018 at 12:16 PM

    Antara ke 4-4 jenis cafe racer,brat,tracker n scrambler kalau untuk long distance siapakah yang selesai dan type apa yg berbaloi untuk di beli misalnya kg dijohor kerja di kl

    Reply
    • AO says

      November 16, 2018 at 10:37 PM

      Scrambler. Kalau perasan, banyak pengeluar memilih untuk popularkan scrambler sebagai model massa sebab ergonomik motor ni paling selesa. Tapi dah bukan lagi scrambler tulen sebab dipasangkan tayar biasa. Macam Ducati Scrambler, dan Triumph Scrambler

      Reply
  2. lee says

    June 15, 2020 at 10:31 PM

    i am looking to buy brats motorcycle im selangor ,

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev