• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Maksud Patung Tergantung di Bawah Bampar Belakang?

#TahukahAnda: Apakah Maksud Patung Tergantung di Bawah Bampar Belakang?

September 25, 2017 By Azhan O Leave a Comment

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CUBA perhatikan kereta sekeliling, tentu perasan sesetengah pemandu ada menggantung patung mainan di bahagian bawah bampar belakang kenderaan mereka. Ada pemandu yang menggantung pada cangkuk tunda dan gandar tayar. Patung mainan yang digantung itu pula terdiri daripada patung bayi, maskot, karakter anime Jepun dan haiwan. Persoalannya, apakah tujuan patung itu digantung?

Sebenarnya, tiada bukti konkrit mengenai asal usul patung tergantung itu. Pencarian Internet mendedahkan ahli forum laman permotoran sendiri berbeza maklumat dan alasan kenapa mereka menggantung patung di bawah bampar kereta mereka. Jadi, sekarang kami senaraikan antara sebab patung tergantung di bawah bampar.

1. SIMBOL TURUN BERLUMBA, KAKI JDM


Di Jepun, patung tergantung ialah isyarat mudah yang menunjukkan seseorang itu minat berlumba. Patung tergantung bolehlah diibaratkan simbolik kepada bendera atau 'flag' yang biasa dikibarkan ketika berlumba. Sebaliknya di Amerika Syarikat (AS), patung tergantung cuma trend yang diambil daripada komuniti JDM di negara itu. Patung tergantung di bawah bampar seakan satu sapaan yang berbunyi, "Hai, tengoklah kereta JDM yang aku bawa ni".

Bagaimanapun, komuniti tuner di AS mendakwa maksud sebenar patung tergantung ialah simbolik kepada penyataan, "Hai, aku turun berlumba ni". Apapun, itu bukanlah syarat wajib bagi semua pelumba amatur ataupun profesional, dan ramai juga yang langsung tidak mempedulikannya.

2. TUNJUKKAN KERETA LOWERED

Khabarnya berasal daripada scene 'dub' yang mana patung mainan digantung di bawah bampar belakang untuk menunjukkan betapa lowered kereta seseorang pemandu itu. Sesebuah kereta itu dianggap lowered jika pemiliknya menggantung patung genit berkaki kontot dengan tali ikat yang juga pendek.

Jika tali ikat atau kaki patung terlalu panjang, itu menunjukkan kereta kita belum cukup lowered dan kitakita p lakukan sesuatu dengan segera!

3. TENANGKAN ROH MANGSA KEMALANGAN


Agak misteri dan menyeramkan. Menurut kepercayaan penduduk Thailand, menggantungkan patung pada bampar adalah salah satu cara menghormati roh mangsa yang maut akibat kemalangan jalan raya.

Roh mangsa kononnya akan gembira dengan patung mainan tersebut dan tidak akan mengganggu pemandu memandu. Dalam erti kata lain, patung tergantung di kalangan pemandu Thailand bolehlah dianggap sebagai tangkal nasib baik untuk mengelak sebarang kejadian buruk yang berpunca daripada roh-roh jahat atau tidak tenang.

4. IMEJ DRIFTER JEPUN

domo-kun-patung-gantung
patung-tergantung-dritfer
domo-kun-patung

Katanya, trend patung tergantung berasal daripada scene lumba drift di Jepun. Patung mainan biasanya akan digantung pada cangkuk tunda sebagai panduan pelumba di belakang melihat sudut kereta lawan di hadapan. Ada pula dakwaan mengatakan patung tergantung itu membawa maksud nasib baik atau good luck di kalangan komuniti pelumba drift juga.

Antara karakter patung paling popular digantung ialah Domo-Kun, iaitu maskot badan penyiaran awam Jepun, NHK. Selain digantung, Domo-Kun turut dijadikan pelekat kereta dan tema lukisan berus angin atau airbrush.

Dalam hal lain yang masih ada kaitan dengan scene drift Jepun, trend patung tergantung sebenarnya berasal daripada Bosozoku, iaitu kumpulan gengster jalanan yang suka membikin kereta di Jepun. Bosozoku biasanya akan menggantung baldi timah kecil di cangkuk tunda belakang bampar untuk berlagak tentang betapa rendahnya kereta mereka.

BACA >>> Patung Dummy Gemuk, Tua dalam Ujian Perlanggaran Berikan Keputusan Lebih 'Real'?

Idea menggantung baldi timah itu pula diilhamkan daripada trak simen di Jepun yang menggantung baldi timah (bersaiz standard) di belakang. Tujuannya adalah sebagai bekas tadahan untuk mengelak simen melimpah mengotori jalan. Jadi, Bosozoku meniru cara sama dengan menggunakan baldi timah bersaiz kecil (gambar atas) untuk menunjukkan profil lowered kereta mereka.

Bagi Bosozoku, semakin rapat baldi timah dengan permukaan jalan, maka semakin lowered kereta anda. Malah, baldi timah yang digantung mampu menyapu dan menceduk sisa atas jalan seperti batu dan tar. Memang sangat cool!

Related

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Bosozoku, drift, gengster jalanan Jepun, hanging toy, JDM, patung tergantung, Roda4, Trend

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev