• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MOTO: Harley-Davidson Street 750 - Harga Jualan RM62,888

MOTO: Harley-Davidson Street 750 - Harga Jualan RM62,888

April 16, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

004NAZA Prestige Bikes Sdn Bhd, pengedar eksklusif motosik Harley-Davidson di Malaysia memperkenalkan Harley-Davidson Street 750 dengan gaya Dark Custom yang dijual pada harga RM62,888 termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

REKAAN: Hadir dengan rekaan yang lebih matang dan agresif, Street 750 ini mudah dikendalikan dan sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa tinggi.

Model ikonik dari Amerika Syarikat itu juga hadir dengan berat kering 206kg iaitu 49kg lebih ringan berbanding model Sportster.

Harley-Davidson Street 750 - Pandulaju.comJAMINAN: Dua tahun jaminan kilang dan tiga tahun jaminan tambahan atau 80,000km (mana tiba dahulu).

PRESTASI: Harley-Davidson Street 750 menggunakan enjin V berkembar Revolution X terbaru bersesaran 749 cc yang menghasilkan 54hp dan tork puncak pada 59Nm.

Hadir dengan kotak gear 6-kelajuan, penggunaan enjin Revollution X bersama sistem penyejukan cecair dapat memastikan enjin tidak mengalami kepanasan yang melampau.

Harley-Davidson Street 750 - Pandulaju.com

PENGGUNAAN BAHAN API: Dengan kapasiti tangki minyak sebanyak 13.1L, Street 750 mencatatkan kecekapan bahan api sekitar 5.7L bagi setiap 100km.

SASARAN JUALAN: Naib Presiden Bersekutu Naza World Two-Wheel, Juan Chow Wee menyasarkan penjualan sebanyak 150 unit Street 750 yang menyumbangkan 25 peratus daripada jualan keseluruhan barisan model Harley-Davidson.

RODA: 100/80 R17 (Hadapan) , 140/75 R15 (Belakang)

WARNA PILIHAN: Vivid Black, Black Denim dan Fire Red.

Maklumat lanjut berkenaan barisan model dan aksesori Harley-Davidson Kuala Lumpur, layari www.harleykualalumpur.com.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Dark Custom, Harley-Davidson, Juan Chow Wee, Motor, NAZA Prestige Bikes Sdn Bhd, Revolution X, Street 750

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my