• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Polis Australia Beli BMW 530d Sebagai Kereta Peronda - 261hp, 620Nm

Polis Australia Beli BMW 530d Sebagai Kereta Peronda - 261hp, 620Nm

September 22, 2017 By Han Othman 1 Comment

495
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASUKAN polis Australia baru-baru ini menambah 80 unit BMW 530d sebagai kereta peronda. Semua unit itu akan dibeli sebelum penghujung tahun ini dan akan digunakan pasukan peronda polis Victoria pada awal tahun hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW Australia, Marc Werner, 530d disebut pengguna dan media sebagai jentera yang menggabungkan prestasi, keselamatan dan kecekapan. Jadi, model 5-Series itu ialah pilihan tepat dan reliabel untuk tugasan polis.

BACA >>> Polis London Uji Skuter Hidrogen - Suzuki Burgman

Bagaimanapun, model yang dibeli itu ialah varian dengan spesifikasi paling asas. Ini bermakna beberapa ciri mewah tidak disediakan seperti kemasan upholsteri kulit yang tidak berapa signifikan untuk tugasan meronda yang lasak. Semua 80 unit 530d itu akan dimuatkan dengan 'pek polis' terus daripada kilang BMW dan hanya perlu dipandu sahaja apabila kunci tiba di tangan.

530d standard menggunakan enjin 3.0L enam silinder pengecas turbo berkuasa 261hp dan tork 620Nm. Ada kemungkinan juga versi kereta polis itu akan dinaik taraf dari segi prestasi.

SUMBER: Car Scoops

Related

495
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW, BMW 530d, kereta polis, polis Australia, polis Victoria, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev