• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Renault Captur Iridium - SUV Edisi Khas 2,000 Unit Serba Hitam (Perancis Sahaja)

Renault Captur Iridium - SUV Edisi Khas 2,000 Unit Serba Hitam (Perancis Sahaja)

September 22, 2017 By Han Othman Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENAMPILAN serba hitam seakan jadi trend di Amerika dan Eropah yang biasanya diperkenalkan untuk model edisi terhad. Paling terkini ialah Renault Captur Iridium dengan menjadi model edisi terhad pertama  bagi versi dipertingkat (facelift) yang dipamerkan sempena Pameran Motor Geneva 2017. 

Dikeluarkan cuma 2,000 unit, Captur edisi khas itu cuma dijual untuk pasaran Perancis pada harga bermula €20,000 (RM100,260).

Captur Iridium akan bersama model biasa lain dengan empat pilihan kombinasi warna badan/bumbung sebagai tambahan kepada rim aloi Explorer 17-inci, kemasan depan dan difuser belakang Alto Grey, pelindung sisi dan lencana 'Iridium' di kedua-dua sisi kereta.

BACA >>> #IAA2017: Renault Megane RS (2018) Sedia Cabar Type R

Pereka Renault turut mengetengahkan sentuhan Alto Grey pada ruang kabin, seperti ventilator penyaman udara, dan sekeliling tombol gear, manakala upholsteri daripada fabrik dan kulit Alcantara yang direka eksklusif untuk model istimewa. Crossover itu juga akan didatangkan dengan modul kawalan suhu bercahaya, yakni ciri yang sebelum ini dikhaskan untuk gred Initiale Paris.

Lebih menarik Renault Captur Iridium ini turut dibekalkan ciri-ciri premium seperti Sistem Bunyi Bose, Techno Pack, R-Link, parkir automatik dan City Pack Plus. 


SUMBER: Car Scoops

Related

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Pameran Motor Geneva 2017, Renault, Renault Captur Iridium, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my