• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Amerika Lancar Kia Rio Sedan (2018) bersama Model Hatchback, Harga Bermula RM58,394

Amerika Lancar Kia Rio Sedan (2018) bersama Model Hatchback, Harga Bermula RM58,394

September 21, 2017 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter


KIA baru saja mengumumkan perincian harga untuk model Rio sedan (2018) serba baharu dan model hatchback 5-pintu. Barisan pertama dijangka tiba di Amerika Syarikat (AS) pada awal Oktober ini dalam tiga varian pilihan -  LX, S dan EX.

Berbanding model terdahulu, Kia Rio baharu kali ini menampilkan rekaan luaran lebih bersih dengan rupa gril 'hidung harimau' gaya baharu bersama saiz badan panjang untuk mendapatkan ekstra ruang kabin. Ciri dalaman pula kali ini memuatkan fungsi Bluetooth, sistem audio 6 pembesar suara dengan radio satelit dan kamera pandang belakang.

BACA >>> Kia Rio (2017), Enjin 1.4L MPI, 6 Beg Udara - Harga RM79,888

2018 Rio
2018 Rio
2018 Rio
2018 Rio

Model paling premium, EX diberikan sistem infotainment skrin sentuh 7-inci yang didatangkan dengan pengecaman suara, Android Auto dan Apple CarPlay serta Pembrekan Kecemasan Autonomi (AEB). Satu-satunya pilihan enjin ialah 1.6L GDI petrol berkuasa 130hp dan tork 161Nm.

Harga bermula AS$13,900 (RM58,394) untuk LX Sedan, manakala model LX hatchback bermula AS$14,200 (RM59,654). Harga varian EX sedan pula bermula AS$18,400 (RM77,299) dan hatchback AS$18,700 (RM78,559).

Di pasaran Malaysia, Naza Kia sebenarnya sudah pun melancarkan Rio hatchback pada Julai lalu pada harga RM79,888, termasuk GST tanpa insurans. Masih tiada ura-ura bilakah pihak Naza Kia akan membawa masuk model Rio sedan. Mungkinkah tahun hadapan? Apapun, mari kita layan dahulu foto-foto menarik Rio sedan versi Amerika di bawah ini.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Amerika, Kia, Kia Rio, Kia Rio hatchback (2018), Kia Rio sedan (2018), Roda4, Segmen B, subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev