KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan kedua menyaksikan Elly Idzlianizar Ilias muncul sebagai juara bagi kategori CP130 yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, minggu lalu.
Elly yang kini bersama pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing berjaya menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan catatan masa 16'17.765s manakala Zamri di kedudukan kedua dengan masa 16'21.354s.
Bagi kategori CP115 pula menyaksikan Tengku Amirul Haffirudin dari Motul Yamaha YY Pang berjaya mengekalkan kejuaraannya selepas memenangi perlumbaan pusingan pertama di Temerloh, Pahang dengan menumpaskan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha-CKJ) di tempat kedua dan Mohd Iskandar Raduan (M-Seki Liberty Honda Racing).
Kemenangan itu meletakkan Tengku Amirul di kedudukan teratas dalam senarai keseluruhan dengan mengumpul 50 mata manakala rakan sepasukan Mohd Izzat Zaidi Salehan di kedudukan kedua dengan 29 mata. Ahmad Syukran di tangga ketiga dengan 26 mata.
Pelumba Kozi Yam Honda Racing, Mohd Harith Farhan Baharin pula berjaya menebus kehampaan apabila berjaya menewaskan pencabar utama yang juga juara prlumbaan lepas di Temerloh, Saiful Izman Ahmad Zamani (Felda AFB Tech Cardinals Racing ) bagi kategori Wira.
Harith selesa mendahului dari awal perlumbaan sehingga ke garisan penamat dengan masa keseluruhan 11'15.525s manakala Saiful di kedudukan kedua dengan masa 11'27.581s. Mohd Khairul Ikhwan Ajis Espada William Racing 11'34.019s
Harith dan Saiful kini berkongsi mata sebagai pendahulu dengan 45 mata manakala Khairul ketiga dengan 27 mata.
Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan ketiga pula bakal berlangsung di Muar, Johor Bahru pada 1 hingga 2 Mei 2015.
Leave a Reply