• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Umum Varian, Harga Stonic di Pasaran UK (Boleh Tahan!)

Kia Umum Varian, Harga Stonic di Pasaran UK (Boleh Tahan!)

September 20, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN Hyundai nampak lebih ke hadapan dalam mempromosi model Kona, Kia pula secara bersahaja menampilkan Stonic. Kedua-dua model itu bakal bersaing dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) sedia ada, Honda HR-V, Mazda CX-3, Toyota C-HR dan Nissan Juke.

Apabila sudah banyak saingan, faktor harga dan pakej memainkan peranan penting dalam usaha menawan hati pelanggan. Terkini, Kia baru saja mengumumkan harga Stonic untuk pasaran Britain, bermula £16,295 (RM92,379) untuk varian 1.4L petrol hingga £20,495 (RM116,208), First Edition 1.6 CRDi diesel.

BACA >>> Giliran Kia Pula Dedah Foto Rasmi Stonic (2018), Bikin Peminat SUV Rambang Mata

Nilai tersebut dilihat dalam julat harga Honda HR-V versi pemasangan tempatan (CKD), dan jauh lebih murah daripada Mazda CX-3 yang diimport dari Jepun (CBU). Hmm, harga yang menarik jika Naza Kia merancang memasarkan Stonic di sini.

MENINGKAT SEKALI GANDA DI EROPAH

Kia Stonic 2018.10
Kia Stonic 2018.11
Kia Stonic 2018.08

Stonic dijangka memasuki pasaran SUV segmen-B SUV pada masa tepat. Mengikut jangkaan industri, segmen itu akan meningkat sekali ganda di Eropah dari 1.1 juta unit pada 2016 kepada 2.2 juta unit pada 2020. Sasaran Kia untuk jualan Stonic di Eropah adalah sebanyak 70,000 unit pada 2018, dan meningkat kepada 100,000 unit setahun sepanjang tempoh masa model tersebut di pasaran, dalam lima hingga enam tahun.

Trend pembeli juga dikatakan sudah berubah daripada supermini, MPV mini dan hatchback kompak 3-pintu kepada SUV segmen-B. Kia juga percaya Stonic tidak akan menjejaskan jualan SUV lain sedia ada, seperti Sportage kerana pasaran pelanggan masing-masing tidak sama.

BACA >>> Citroen C3 Aircross Tidak Mahu Kalah, Turut Rancakkan Segmen Crossover [Foto + Video]

Hyundai dan Kia nampaknya sudah mahir dalam memanipulasi platform sedia ada. Stonic dibina berasaskan platform Rio baharu dan turut dipasangkan di barisan pengeluaran yang sama dengan model subkompak itu, di kilang Sohari, Korea Selatan.

Berbanding Rio dari segi saiz, Stonic sedikit panjang, 4,140mm dan lebih tinggi 70mm. Kedua-dua model juga menggunakan komponen mekanikal sama. Seperti kebanyakan SUV subkompak lain, Stonic hanya dipasarkan dengan varian pacuan roda hadapan (FWD) memandangkan saiz pasaran pacuan semua roda (AWD) dalam segmen tersebut cuma 8 peratus sahaja.

Berikut Fakta Mengenai Kia Stonic Versi Eropah:

  • Ada 2 kemasan - 2 dan First Edition.
  • Ada 5 varian - Stonic 2 1.4 ISG, Stonic 2 1.0 T-GDi ISG, Stonic 2 1.6 CRDi ISG, Stonic First Edition 1.0 T-GDi ISG, dan Stonic First Edition 1.6 CRDi ISG
  • Ada 3 pilihan enjin - 1.4L multi-point injection (98hp), 1.0L T-GDI (118hp) dan 1.6L CRDi diesel turbo (108hp)
  • Semua varian dilengkapkan sistem henti-mula (ISG)

GALERI

Kia Stonic 2018.03
Kia Stonic 2018.04
Kia Stonic 2018.05
Kia Stonic 2018.06
Kia Stonic 2018.08
Kia Stonic 2018.09
Kia Stonic 2018.10
Kia Stonic 2018.11
Kia Stonic 2018.02
Kia Stonic 2018.01
Kia Stonic 2018.07

Related

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, Kia Stonic, Roda4, Segmen B, subkompak, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev