• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MV Agusta Tebus Semula Saham daripada Mercedes - Kini Bebas Hutang

MV Agusta Tebus Semula Saham daripada Mercedes - Kini Bebas Hutang

September 21, 2017 By Admin PanduLaju Leave a Comment

402
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN lalu, MV Agusta mengalami masalah kewangan berikutan jumlah jualan rendah dan kerugian, hingga menyebabkan syarikat berkenaan memutuskan memohon perlindungan bankrapsi. Selepas melalui fasa ketidaktentuan masalah kewangan, berita terbaru menyatakan pengeluar motosikal itu kembali pulih.

MV Agusta Holding kini mengawal sepenuhnya MV Agusta Motor S.p.A. hasil suntikan pelaburan daripada ComSar Invest, iaitu syarikat dana pelaburan Black Ocean Group yang difahamkan berpangkalan di Rusia. Pemilikan penuh itu bermaksud Mercedes AMG tidak lagi menjadi pemegang saham MV Agusta S.p.A. pegangan 25 peratus milik automotif dari Jerman itu sudah ditebus.

GIOVANNI CASTIGLIONI

Presiden MV Agusta, Giovanni Castiglioni berkata, urusniaga dengan ComSar Invest menerusi suntikan modal dan pengambilalihan saham milik Mercedes AMG ialah peristiwa penting bagi pengeluar dari Itali itu.

“Ini dapat mengukuhkan perniagaan utama MV Agusta dalam pengeluaran motosikal berkuasa tinggi premium. Pelaksanaan langkah-langkah yang diambil sepanjang setahun lalu  berjaya membawa MV Agusta kembali dalam penjanaan aliran tunai positif. Ini membolehkan pelan penyusunan semula selesai, sekali gus menyokong pembangunan produk secara konsisten,” katanya.

CABARAN MV AGUSTA

Mungkin ini babak terakhir perjalanan MV Agusta selepas mengharungi lima pemilikan berbeza sepanjang tempoh 26 tahun lalu. Akhirnya, pada Mac 2016, MV Agusta memfailkan perlindungan daripada pemiutang dengan jumlah hutang £36 juta (RM203 juta).

Kemudian pada Oktober 2016, MV Agusta mengumumkan menerima bantuan daripada ComSar Invest dan mengesahkan syarikat itu akan mengecilkan rangkaian produk mereka bagi menumpukan kepada pengeluaran motosikal premium.

Pemegang saham ComSar Invest, Timur Sardarov berkata;

“Kami akan menumpukan aspek pembiayaan untuk mengukuhkan rangkaian dan perkhidmatan jualan MV Agusta, dan melebarkan pengetahuan kami dalam bidang teknologi, web dan pemasaran untuk meneroka pasaran baharu, termasuk menguatkan bidang digital dan sosial dalam usaha meluaskan pasaran MV Agusta."

2017-MV-Agusta-Dragster-800RR-i
mv agusta f4
2017-MV-Agusta-Dragster-800RR-2
John Surtees menunggang jentera MV Agusta dan memenangi TT Isle of Man 1958.
John Surtees menunggang jentera MV Agusta dan memenangi TT Isle of Man 1958.

Related

402
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, bebas hutang, Black Ocean Group, ComSar Invest, Giovanni Castiglioni, motosikal, MV Agusta, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev