• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / iCandy Peach All-Terrain Special Edition - Stroler Land Rover untuk Si Kecil Anda

iCandy Peach All-Terrain Special Edition - Stroler Land Rover untuk Si Kecil Anda

September 21, 2017 By Admin PanduLaju Leave a Comment

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAND Rover bekerjasama dengan pengeluar produk bayi premium, iCandy untuk memperkenalkan stroler atau pushchair, dinamakan iCandy Peach All-Terrain Special Edition yang dilancarkan secara rasmi di Pameran Motor Frankfurt (IAA) 2017, baru-baru ini.

Kolaborasi dua syarikat itu bermula sejak fasa lakaran dengan menggabungkan kepakaran Land Rover dalam rekabentuk automotif, dan iCandy dalam rekaan stroler bayi premium. Hasilnya ialah sebuah stroler Land Rover 4x4 versi anak kecil yang mampu menempuh pelbagai rupa bentuk bumi.

BACA >>> Inilah McLaren Paling Murah di Pasaran, RM344 Sahaja!

NILAI ESTETIKA LAND ROVER

land-rover-off-road-stroller-pandulaju (3)
land-rover-off-road-stroller-pandulaju (8)
land-rover-off-road-stroller-pandulaju (5)
land-rover-off-road-stroller-pandulaju (6)

Walaupun dibekalkan empat roda, tetapi jangan pula fikirkan kereta sorong bayi itu mampu beraksi seperti sebuah kenderaan pacuan 4-roda (4WD). Apa yang penting ialah nilai estetika Land Rover yang dapat dilihat menerusi paten gril jejari silang (crosshatch) yang dapat dilihat pada material fabrik dan hendal stroler. Malah, bahagian tempat duduk jelas terserlah perincian jahitan seperti yang biasa ada pada model-model Land Rover.

Bahagian hendal turut mengetengahkan material premium Land Rover, dan tidak ketinggalan juga ruang simpanan barang di bawah yang menjadikan stroler cukup praktikal untuk kegunaan lasak, dan bukan sekadar pergi membeli-belah sahaja.

iCandy Peach All-Terrain Special Edition akan mula dijual secara atas talian dan mana-mana premis perniagaan terpilih bermula musim bunga 2018. Harga jualan dijangka bernilai  £1,500 (RM7,510) seunit. Wow!

GALERI

land-rover-off-road-stroller-pandulaju (5)
land-rover-off-road-stroller-pandulaju (1)
land-rover-off-road-stroller-pandulaju (6)
land-rover-off-road-stroller-pandulaju (8)
land-rover-off-road-stroller-pandulaju (3)
land-rover-off-road-stroller-pandulaju (7)
land-rover-off-road-stroller-pandulaju (4)
land-rover-off-road-stroller-pandulaju (2)

SUMBER: Land Rover

Related

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: iCandy, kereta tolak, Land Rover, Land Rover iCandy Peach All-Terrain Special Edition., pushchair, Roda4, stroler

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev