• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Lotus Exige S Roadster (2014)

PREVIU: Lotus Exige S Roadster (2014)

April 16, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Pic 3

IMG_9768

SEMPENA pembukaan Pusat Pameran Lotus di Sungai Penchala, Damansara tahun lalu, Lotus Malaysia memperkenalkan dua model, Elise S dan Exige S . Malah, Lotus turut menambah ahli keluarga baharu Exige menerusi pelancaran Exige S Roadster. Majlis perasmian disempurnakan Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad.Pelancaran jentera supercar inidilihat melengkapkan barisan Exige sedia ada seperti Exige S, Exige Cup dan Exige Cup R.

Exige S Roadster dijana jantung 3.5L V6 supercharge yang mampu menghasilkan kuasa 345hp pada 7,000rpm dan tork  400Nm (4,500rpm). Padanan kotak gear manual 6-kelajuan menghasilkan pecutan sifar ke 100kmj mengambil masa 3.9 saat bersama kelajuan maksimum 233kmj. Catatan kelajuan itu menjadikan supercar ini jentera konvertibel Lotus terpantas pernah dibangunkan.

Berat jentera 10kg (1,166kg) lebih ringan berbanding model si abang, Exige S. Menyentuh rekabentuk luaran, Exige S Roadster mampu memikat sesiapa saja mendekatinya. Ia sememangnya tarikan utama Lotus yang sering dikaitkan adalah aspek rekabentuk eksotik.

Exige S Roadster membolehkan anda memandu sambil menghirup udara segar dengan hanya menekan butang dua kali untuk membuka bumbung kain. Bagi meningkatkan kemegahan pemanduan, Exige S Roadster dilengkapi sistem casis pelbagai mod dan rim aloi 17-inci di roda hadapan serta 18-inci (belakang) bersama set tayar Pirelli P-Zero Corsa. Tugas suspensi pula diserahkan kepada double wishbones dan bar anti-goleng serta spring koil koaksial Bilstein-damped Eibach.

Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus Plc, Aslam Farikullah berkata, Lotus yakin pengenalan model terbaharu bakal memberi peluang kepada jenama Lotus dalam usaha mengembang dan mengukuhkan sumber produksi. Menurutnya, produksi syarikat meningkat sebanyak 31 peratus tahun lalu. Di Malaysia sahaja, sebanyak 28 unit sudah terjual sejak bilik pameran dibuka.

Exige S Roadster berharga RM452,030 bersama jaminan tiga tahun atau 100,000km perbatuan (mana tiba dahulu).

IMG_9649    IMG_9770

SPESIFIKASI
LOTUS EXIGE S ROADSTER
ENJIN: 3.5L V6 supercharge
TRANSMISI: Manual 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM: 345hp@7,000rpm
TORK MAKSIMUM:400Nm@4,500rpm
0-100KMJ: 3.9saat
KELAJUAN MAKSIMUM: 233kmj
CIRI-CIRI: Bumbung boleh dibuka, rim aloi 17-inci di hadapan dan 18-inci di belakang, mod pemanduan berbeza
HARGA: RM452,030 (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: DRB-Hicom, Elise, Elise S, Evora, Exige, Exige S, Exige S Roadster, Lotus Malaysia, Proton, Tun Mahathir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev