• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Honda Jazz Sport Hybrid Si Kompak Kecil Tapi Berbisa

#PanduUji: Honda Jazz Sport Hybrid Si Kompak Kecil Tapi Berbisa

September 18, 2017 By Abang GYL 3 Comments

975
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

pandu uji Honda Jazz Sport HybridTAHUKAH anda Honda Jazz Sport Hybrid ialah satu-satunya model hibrid di Malaysia yang dijual pada harga bawah RM90,000.

Di sebalik pengeluar lain bergelut dengan isu harga jualan kenderaan hibrid, dengan berani Honda Malaysia meletakkan harga 'tak masuk akal' bagi Honda Jazz Sport Hybrid.

Ya, Honda Jazz Sport Hybrid 1.5L hanya dijual pada harga RM87,500, termasuk insurans. Bukan itu saja, Malaysia ialah negara kedua selepas Jepun yang menawarkan teknologi klac-dual i-DCD Hybrid System pada model subkompak segmen-B itu.

Baru-baru ini, saya bersama rakan media lain dipelawa Honda Malaysia bagi menguji Honda Jazz Sport Hybrid selama empat hari.

Destinasi yang ditujui ialah Kuantan dan Terengganu. Sepanjang empat hari 'bercinta' dengan Honda Jazz Sport Hybrid, ia berjaya mengubah persepsi saya daripada kenderaan hibrid Honda yang dahulu bukan lagi sekarang.

Dulu ramai kata produk hibrid Honda kurang berjaya. Ya, saya akui kenderaan hibrid Honda mahupun jenama lain sebelum ini kurang mendapat perhatian.

Namun segala persepsi itu berubah setelah pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid. Sebelum bercerita mengenai pengalaman pemanduan, adalah lebih baik saya ceritakan serba sedikit mengenai model hibrid ini.

  1. Honda Jazz Sport Hybrid menggunakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan transmisi 7-kelajuan i-DCD yang dipadukan motor berkuasa tinggi (HPM), dan mampu bergerak dalam mod kenderaan elektrik (EV).
  2. Unit Kuasa Pintar (IPU) dibangunkan daripada bateri Litium-ion (Li-ion) untuk memberikan prestasi lebih baik dan kedudukan bateri diletakkan di bawah lantai but belakang.
  3. Sistem hibrid Honda sebelum ini menggunakan teknologi Bantuan Motor Bersepadu (Integrated Motor Assist - IMA).
  4. Sistem IPU baharu 50 peratus lebih berkuasa menyimpan tenaga yang membolehkan penggunaan tenaga elektrik lebih lama (lebih 1.5 kali ganda kapasiti tenaga), walaupun saiz bateri 5.6 peratus lebih kecil berbanding sebelumnya.
  5. Stereng Kuasa Elektrik (EPS) turut ditala semula supaya tampil lebih sporty dan selesa dipandu.
  6. Paling disukai adalah tombol gear yang sporty dan unik. Kehadiran tombol gear sebegini memang disukai terutamanya anak-anak muda.
  7. Panel meter turut berjaya mencuri perhatian kami di mana ia hadir dengan pakej rekaan meter 3D.

pandu uji Honda Jazz Sport HybridSERONOK DIPANDU

Jika dibandingkan dengan versi terdahulu, Honda Jazz Sport Hybrid jauh lebih bagus terutamanya dari aspek prestasi.

Hasil padanan enjin 1.5L DOHC i-VTEC, gabungan kedua-dua sistem (konvensional dan hibrid) membolehkan Honda Jazz Sport Hybrid mencapai kuasa 135hp dan tork 170Nm yang menyamai kuasa enjin 1.8L.

Persepsi yang menyatakan kenderaan hibrid lembap tidak lagi wujud pada Jazz Sport Hybrid ini. Hamburan kuasa dipadukan motor berkuasa tinggi (HPM) dan mampu bergerak dalam mod kenderaan elektrik (EV) itu membuatkan model hibrid ini sedap dibawa tanpa sebarang masalah.

Untuk mencapai kelajuan sekitar 180kmj langsung tidak menjadi penghalang. Malahan ia tidak perlu bekerja keras ketika memotong kenderaan lain.

Paling penting, penyaman udara masih kekal sejuk dibiarkan sistem Start/Stop diaktifkan di mana enjin akan termati apabila kenderaan dihentikan sepenuhnya. Dan enjin akan terhidup semula apabila menekan pedal minyak. Tujuan utamanya adalah penjimatan bahan api.

BACA >>> Was-Was Mahu Beli Kereta Hibrid? Honda Malaysia Beri Waranti Bateri Hingga 8 Tahun!

pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid

JIMAT MINYAKKAH?

Ramai juga bertanya kepada kami, bagaimana dengan penggunaan bahan api. Atas kertas, Honda Jazz Sport Hybrid mencatatkan 5.8L per 100km. Namun hasil ujian dilakukan, rakan media kami mencatatkan penggunaan 32.3km per liter. Sebagai makluman, ujian dijalankan ini melibatkan perjalanan sejauh 57km. Tapi anda harus ingat, catatan penggunaan adalah subjektif dan bergantung kepada cara pemanduan.

Kadang-kala anda boleh mencatatkan penggunaan bahan api lebih bagus bergantung kepada pelbagai faktor. Pandangan kami, lain kaki, lain cerita. Antara faktor lain dimaksudkan adalah cara pemanduan, kelajuan, saiz badan si pemandu dan penumpang, keadaan jalan raya dan sebagainya.

Yang pasti, kami berpandangan kehadiran Honda Jazz Sport Hybrid ini bakal mengubah persepsi orang ramai terhadap kenderaan hibrid. Jika mengikut pasaran segmen, Honda Jazz Sport Hybrid bakal bersaing dengan Hyundai Ioniq.

BACA >>> Pemilik Pertama Honda Jazz Hybrid Diraikan, Turut Dapat Kit Mugen dan Tiket F1 Percuma!

pandu uji Honda Jazz Sport HybridWARANTI BATERI 8 TAHUN BEB!!!

Kedua-dua jentera hibrid ini mempunyai kelebihan masing-masing. Apa kelebihannya, anda boleh nilai sendiri. Menurut Honda Malaysia, ia kini menawarkan waranti 8 tahun untuk bateri litium-Ion tanpa had perbatuan bagi model City Hybrid dan Jazz Sport Hybrid.

Jika perlu ditukar selepas tamat waranti (8 tahun), bateri hibrid itu boleh dibeli pada harga RM5,513 yang menurut Honda Malaysia antara termurah berbanding pesaing lain. Malah, tiada servis khas diperlukan untuk menjaga sistem dan jangka hayat bateri Sport Hybrid i-DCD.

pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid

HARGA SENGGARA MURAH?

Begitu juga dengan kos penyenggaraan City Hybrid dan Jazz Sport Hybrid i-DCD yang dikatakan jauh lebih murah berbanding pesaing, Hyundai Ioniq 1.6 HEV.

Berdasarkan jadual pengiraan dan perbandingan diberikan, harga servis Honda City Hybrid dan Jazz Sport Hybrid i-DCD dalam tempoh 5 tahun ialah RM2,867.96, manakala Ioniq (RM3,208.40). Begitu juga harga bateri hibrid Ioniq (RM9,800) yang juga lebih mahal berbanding kedua-dua model hibrid Honda (RM5,513).

Masih was-was? Apa kata anda pandu uji dahulu model tersebut di mana-mana bilik pameran Honda berdekatan.

GALERI

pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
Pandu Uji Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia_PanduLaju (12)
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid
pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid

Related

975
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: beli Honda Jazz Sport Hybrid, enjin Honda Jazz Sport Hybrid, harga Honda Jazz Sport Hybrid, Honda Jazz Sport Hybrid, minyak Honda Jazz Sport Hybrid, pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid, pandu uji Honda Jazz Sport Hybrid Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev