• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Wyatt Thurman, Baru 7 Tahun Sudah Menang Kejuaraan Motocross

Wyatt Thurman, Baru 7 Tahun Sudah Menang Kejuaraan Motocross

September 18, 2017 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter


SEPARUH daripada umur WYATT Thurman dari Temecula, California dihabiskan dengan berlumba motocross, tetapi pelumba ini bukanlah berusia 50 tahun, sebaliknya baru 7 tahun. Bapanya, Eric Thurman berkata, anaknya itu sudah mula memulas terotel seawal usia tiga tahun di Tasik Lucerne.

Kini, pada usia 7 tahun, Wyatt nyata semakin matang. Malah, memiliki satu gelaran peringkat kebangsaan. Bulan lalu, ketika masih berusia 6 tahun, dia baru saja memenangi Kelas Terhad 51cc dalam Kejuaraan Motocross Kebangsaan Amatur AMA Rocky Mountain ATV/MC dengan menunggang jentera Cobra.

BACA >>> Legenda Trek dalam Pembikinan, Baru 12 Tahun Sudah Pandai Lumba Drift!

Kejohanan tahunan berprestij itu, yang berlangsung di Ladang Loreta Lynn dekat Hurricane Mills, Tennessee, adalah antara medan perlumbaan motocross tersohor yang banyak menobatkan pelumba muda terpantas di Amerika Syarikat (AS).

Wyatt meraikan kemenangan bersama ibu dan bapanya.

Antaranya Haiden Deegan, 11, juga dari Temecula, yang menjuarai kelas 65cc (7-11) menerusi jentera KTM.

Pengarah Sukan MX, Tim Cotter berkata, perlumbaan di Loretta Lynn ialah kejuaraan yang mahu disaingi setiap pelumba motocross seluruh AS. Ini kerana kemenangan tersebut bakal membuatkan seseorang pelumba itu jadi terkenal, sekali gus sebagai batu loncatan ke arah karier motocross profesional.

Wyatt bukan saja pelumba yang cukup kompetitif secara semula jadi, tetapi dia juga sangat suka menunggang. Tetapi kenapa motocross?

“Kerana anda dapat jadi kotor. Saya dapat bersenam dan gerakkan badan," kata Wyatt.

Ibu kepada Wyatt, Tarayn berkata, Wyatt memiliki tahap keberanian luar biasa yang tidak sama seperti rakan sebaya lain. Nombor plat motornya, 247 jelas menggambarkan kegilaan pelumba muda itu, bermaksud 24-7 (sedia berlumba 24 jam!).

"Dia sentiasa suka berlumba. Kami akan sokong wyatt selagi dia suka melakukannya," kata Tarayn lagi.

Bapanya, Eric pula berkata, tidak kira jika situasi itu cuma duduk di meja makan malam, Wyatt sentiasa mahu jadi orang nombor satu.

"Anda tidak boleh ajar seseorang itu untuk jadi pesaing. Anda hanya perlu memilikinya," ujar Eric.

Wyatt tidak jemu berlatih setiap hari dengan menunggang motocross empat hari sepanjang seminggu, dan melakukan aksi 'donat' pada baki 3 hari lain. Malah, Eric juga perasan anaknya itu tidak gemar memotong lawan paling hadapan, dan cuma cuba melepasi pada pusingan terakhir.

"Lebih mudah memburu daripada diburu.  Jadi, saya cuma tunggu," kata Wyatt dengan penuh yakin.

SUMBER: RideApart

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kejuaraan Motocross Kebangsaan Amatur AMA Rocky Mountain ATV/MC, motocross, pelumba muda, roda2, sukan permotoran, Wyatt Thurman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my