• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volvo Hungary Tidak Sengaja Terdedah Video XC40 (2018)

Volvo Hungary Tidak Sengaja Terdedah Video XC40 (2018)

September 15, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


MUNGKIN ramai sudah lihat video acah atau teaser kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu Volvo, XC40 yang disiarkan menjelang pengenalan penuh pada 21 September ini. Namun lucunya, Volvo Hungary hilang memo untuk tidak menyiarkan durasi penuh video tersebut.

Sudahnya, kita semua dapat melihat versi video tanpa potongan yang jelas memaparkan rekabentuk SUV kompak buatan pengeluar dari Sweden itu. 😛

BACA >>> Volvo XC40 Bakal Debut April Ini, di Pasaran Antarabangsa Awal 2018

Seperti dijangka berdasarkan kelibat prototaip XC40 atas jalan, gaya kereta pengeluaran tidak banyak berbeza dengan Volvo 40.1 yang dipamerkan tahun lalu dengan beberapa modifikasi ditampilkan. Antaranya ialah mengekalkan hendal pintu tradisional di sisi pintu depan dan belakang, berbanding tipikal rekaan baharu yang tersorok di sebalik pintu belakang (seperti Honda HR-V).

Ruang kabin berkongsi bahasa rekabentuk sama seperti XC60 dan XC90 dengan skrin sentuh besar mendominasi konsol tengah tanpa kehadiran banyak butang kawasan fizikal, sekali gus menyerlahkan imej kasual.

Volvo sebelum ini mendakwa ruang dalaman XC40 akan direka untuk praktikaliti dan fungsionaliti. Jadi, bagi mendapatkan ruang storan lebih baik di bahagian pintu, pereka Volvo memindahkan kedudukan pembesar suara  untuk menghasilkan storan yang cukup pada kompartmen pintu untuk laptop dan peranti tablet, atau botol air.

GUNA PLATFORM CMA

XC40 ialah kereta pertama yang dibina berasaskan Arkitektur Modular Kompak (CMA) yang dikongsi bersama syarikat induk pengeluar itu, Geely. Tanpa perincian didedahkan, Volvo menyatakan barisan SUV itu akan menampilkan enjin petrol 3-silinder 1.5L turbo, dengan enjin 4-silinder Drive-E untuk varian lebih premium. Sementara itu, varian hibrid plug-in akan dipadankan dengan motor elektrik bersama enjin 3-silinder dan transmisi automatik klac-dual 7-kelajuan, serta dilabelkan sebagai T5.

Bakal berada di pasaran tahun hadapan, XC40 menjadikan crossover sedia ada seperti BMW X2 dan Audi Q2 sebagai pesaing utama.

Berikut ialah video teaser sebenar untuk tontoan umum:

Gambar dalam galeri di bawah ini pula ialah foto daripada video penuh. yang bakal disiarkan 21 September ini.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, Volvo, Volvo XC40

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my