• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ahmad Fuaad Lepas Jawatan CEO Proton - Pengganti Baharu Bakal Diumum Masa Terdekat

Ahmad Fuaad Lepas Jawatan CEO Proton - Pengganti Baharu Bakal Diumum Masa Terdekat

September 15, 2017 By Abang GYL 1 Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Datuk Ahmad Fuaad Kenali TEKA-teki siapakah calon Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Proton masih lagi menjadi tanda tanya. Ini kerana DRB-HICOM dalam satu kenyataan menjelaskan pihaknya bersama Zhejiang Geely Holding Group (Geely) masih dalam proses memuktamadkan secara terperinci.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan DRB-HICOM, pihaknya akan mengumumkan barisan ahli Lembaga Pengarah Proton dalam masa terdekat di mana ia akan mempunyai wakil daripada DRB-HICOM dan Geely.

Yang pasti, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar akan meneruskan peranan utamanya sebagai Pengerusi Proton Holdings Berhad (PHB). Syed Faisal berperanan untuk memastikan kerjasama ini dapat mencapai matlamatnya dan akhirnya, memberikan pulangan pelaburan kepada pemegang-pemegang saham, iaitu DRB-HICOM dan Geely Holding.

Datuk Mohd Radzaif Mohamed
abdul rashid musa
Abdul Rashid Musa

AHMAD FUAAD LEPAS JAWATAN CEO PROTON

Pada masa yang sama, DRB-HICOM turut mengumumkan Datuk Ahmad Fuaad Kenali akan melepaskan jawatan sebagai CEO Proton berkuatkuasa 30 September 2017.

Manakala jawatan Timbalan CEO Proton masih kekal sama. Ia akan terus dikemudikan oleh Datuk Mohd Radzaif Mohamed. Manakala Abdul Rashid Musa yang dilantik sebagai CEO Proton Edar Sdn Bhd pada Februari 2017 lalu turut akan meneruskan peranannya di pusat pengedaran syarikat automotif nasional itu.

Menurut Syed Faisal, mengekalkan jawatan Radzaif dan Rashid akan memastikan kesinambungan di dalam Kumpulan Proton.  Dalam pada itu, Syed Faisal turut memuji sumbangan Fuaad sepanjang bersama pembuat kereta itu.

Fuaad mula dilantik sebagai CEO Proton pada 1 April 2016 selepas mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Operasi / Pengarah Kanan Kumpulan DRB-HICOM pada 2013.

Sepanjang Fuaad menjadi CEO Proton, ia berjaya melancarkan empat model baharu dalam tempoh hanya lapan bulan. Beliau juga telah memainkan peranan penting dalam pencarian  rakan strategik yang sesuai untuk Proton.

Pada 23 Jun lalu, Geely sah menjadi rakan strategik (FSP) Proton apabila memperoleh 49.9 peratus pegangan saham.

Pembelian saham itu membolehkan Proton mendapat akses kepada pelbagai platform dan enjin di bawah jenama Geely selain berpeluang menembusi pasaran sedia ada di China, termasuk pasaran kenderaan pemanduan sebelah kanan di Asia Tenggara (Asean).

Berdasarkan perjanjian, Geely akan mengawal operasi Proton manakala Lembaga Pengarah pula masih di bawah DRB-Hicom.

Li Chunrong ceo protonSIAPAKAH CEO BAHARU PROTON?

Persoalannya, siapakah CEO baharu Proton? Adakah ia bekas Pengarah dan Timbalan Pengurus Besar Eksekutif Dongfeng Honda Engine Company, Li Chunrong? Semuanya masih lagi menjadi tanda tanya dan bakal diumumkan oleh DRB-HICOM dalam masa terdekat.

Sama seperti kami nyatakan, secara peribadi kami tiada masalah siapakah hero yang bakal memimpin Proton kembali ke landasan tepat asalkan zaman kegemilangan Proton dapat bersinar semula. Lihat saja bagaimana Geelymembeli Volvo dan menaikkan semula reputasi jenama automobil dari Sweden itu di pasaran antarabangsa.

Tidak kira siapa pun mengetuai Proton, kami mahu jenama nasional kita dapat meneruskan survival dalam industri automotif tempatan dan antarabangsa, sekali gus memacu ekonomi, teknologi dan kepakaran anak watan.

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abdul Rashid Musa, CEO Baharu Proton, CEO Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, Li Chunrong

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev