• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM Duke 2017 Sah Lancar Hujung Bulan Ini - 200 Duke Tidak Masuk Malaysia?

KTM Duke 2017 Sah Lancar Hujung Bulan Ini - 200 Duke Tidak Masuk Malaysia?

September 11, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

INI berita yang baru kami terima. Motosikal KTM Duke 2017 generasi baharu iaitu 250 Duke dan 390 Duke sah dilancarkan hujung bulan ini. Bagaimanapun, kami dimaklumkan model 200 Duke tidak akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Begitu juga dengan maklumat harga kedua-sua model itu turut tidak didedahkan. Namun, kami menjangka harga jualan akan berlegar sekitar versi sedia ada di pasaran sekarang.

Apa yang pasti, kedatangan KTM Duke 2017 ini pasti menggembirakan peminat KTM yang memang ternanti-nanti kehadiran jentera dua roda buatan Austria itu.

Sebelum menanti ketibaan dua beradik itu, apa kata kita lihat dulu keistimewaan KTM Duke 2017:

1. KTM 390 DUKE 2017

KTM 390 Duke

Model KTM 390 Duke 2017 pertama kali dipamerkan pada Pameran Motor Milan (EICMA) 2016. KTM 390 Duke 2017 tampil dengan imej agresif menerusi segudang ciri serba baharu. Paling menarik perhatian ialah rekabentuk badan yang mirip abang besarnya, KTM 1290 Superduke dengan rekaan lampu depan diasingkan kepada dua.

Perubahan paling ketara ialah bahagian frem yang dilakukan bagi menambah baik pengendalian prestasi jentera ini. Malah, motosikal naked ini 10kg lebih ringan dengan berat keseluruhan 149kg berbanding model terdahulu. Bahagian enjin masih kekal sama, yakni 373cc silinder tunggal dengan kemampuan menghasilkan kuasa setinggi 44hp dan tork 37Nm.

BACA>>> #EICMA2016: KTM 390 Duke Kini Lebih Mengancam dan Terkini

2. KTM 250 DUKE 2017

KTM 250 Duke Malaysia
Lampu depan KTM 250 Duke 2017 pula tidak didatangkan dengan ciri LED, serta tidak dilengkapi skrin TFT bagi mengurangkan kos. Dijana enjin 250cc silinder tunggal dengan penyejukan cecair, motosikal ini berupaya menghasilkan kuasa 29.5hp dan tork 24Nm. Frem juga masih sama dengan 390 Duke, manakala brek cakera depan sedikit kecil dengan ukuran 300mm.

Tunggu apa lagi, kumpul duit siap-siap dan pastikan anda jadi pemilik terawal KTM Duke 2017 di Malaysia. Jangan lupa, 'racun' sekali rakan-rakan anda 🙂

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Harga KTM 250 Duke 2017, Harga KTM 390 Duke 2017, harga KTM Duke 2017, KTM 250 Duke (2017), KTM 390 Duke (2017), ktm duke 2017 serba baharu, ktm malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev