PELUMBA Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin meneruskan dominasi kategori CP150 apabila meraih kemenangan pada pusingan ke-7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017 yang berakhir di Pasir Puteh, Kelantan.
Kasma Daniel menamatkan 20 pusingan perlumbaan dan melintasi garisan penamat secara bersendirian dengan masa keseluruhan 17’52.165s. sementara itu, rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham menamatkan perlumbaan dengan masa 17’54.113s, diikuti Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ).
Dengan kemenangan itu, Kasma Daniel terus selesa mendahului ranking keseluruhan dengan mengumpul 125 mata daripada tujuh pusingan yang sudah berlangsung, manakala Afif kekal di tangga kedua (99 mata) dan Fazli ketiga (64 mata).
BACA >>> Enjin Mana Lebih Bagus, SOHC atau DOHC? Kenali Terma, Fungsi dan Perbandingan
AKID KUASAI CP115
Sementara itu, saingan CP115 menyaksikan Md Akid Aziz (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) mengetepikan cabaran rakan sepasukan, Md Haziq Md Fairues untuk meraih kemenangan keempat musim ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan dengan 130 mata terkumpul.
Akid menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan catatan masa 13’46.688s, diikuti Haziq (13’46.894s). Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang, Md Fareez Afeez meraih podium pertama musim ini selepas menamatkan saingan di tempat ketiga (13’47.727s).
Haziq berada di tangga kedua keseluruhan (96 mata) diikuti Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) ketiga (78 mata).
AIMAN KEKAL JUARA, SAIFUL NAIK PODIUM
Dalam saingan Wira pula, Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) kembali ke pentas podium sebagai juara selepas kali terakhir melakukannya pada pusingan pertama di Temerloh dengan masa keseluruhan 11’12.261s.
Saiful turut menewaskan rakan sepasukan, Md Syarifuddin Azman (11’12.399s), manakala pendahulu keseluruhan, Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha –Afb Tech) terpaksa berpuas hati di tangga ketiga (11’16.542s).
Bagaimanapun, Aiman tetap kekal di tangga teratas dengan 107 mata terkumpul diikuti Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) di kedudukan kedua (94 mata), dan Saiful ketiga (93 mata).
KEPUTUSAN PUSINGAN 7, PASIR PUTEH, KELANTAN
CP150
- Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) - PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor - 17:52.165s
- Ahmad Fazli Sham (PRK) - PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor - 17:54.113s
- Ahmad Afif Amran (TRG) - PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ - 17:54.739s
- Md Azhar Abd Jalil (SGR) - Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing - 18:06.052s
- Md Fitri Ashraff Razali (SGR) -PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ - 18:06.295s
Ranking Keseluruhan
- Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) - PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor - 125 mata
- Ahmad Afif Amran (TRG) - PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ - 99 mata
- Ahmad Fazli Sham (PRK) - PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor - 64 mata
- Md Azhar Abd Jalil (SGR) - Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing - 51 mata
- Md Fitri Ashraff Razali (KUL) - PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ - 51 mata
CP115
- Md Akid Aziz (KUL) - PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor - 13:46.688s
- Md Haziq Md Fairues (SGR) - PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor - 13:46.894s
- Md Fareez Afeez (JHR) - Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing - 13:47.727s
- Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) - PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ - 13:54.385s
- Ahmad Syukran Aizat (TRG) - PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ - 13:57.524s
Ranking Keseluruhan
- Md Akid Aziz (KUL) - PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor - 130 mata
- Md Haziq Md Fairues (SGR) - PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor - 96 mata
- Ahmad Syukran Aizat (TRG) - PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ - 78 mata
- Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) - PERONAS Sprinta Yamaha-CKJ - 58 mata
- Tengku Amirul Haffirudin (TRG) - Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing - 52 mata
WIRA
- Saiful Azhary Muhamad (JHR) - Idemitsu Kozi Yam Honda Racing - 11:12.261s
- Md Syarifuddin Azman (SGR) - Idemitsu Kozi Yam Honda Racing - 11:12.399s
- Md Aiman Tahiruddin (KUL) - PETRONAS Sprinta Yamaha - AfB Tech - 11:16.542s
- Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) - Idemitsu Kozi Yam Honda Racing - 11:16.982s
- Md Aiman Azman (SGR) - V-Fier Oil Legacy Motorsport Racing - 11:17.191s
Ranking Keseluruhan
- Md Aiman Tahiruddin (KUL) - PETRONAS Sprinta Yamaha - AfB Tech - 107 mata
- Md Syafieq Aiman (JHR) - Elf Koyoko KC Racing Team - 94 mata
- Saiful Azhary Muhamad (JHR) - Idemitsu Kozi Yam Honda Racing - 93 mata
- Md Syarifuddin Azman (SGR) - Idemitsu Kozi Yam Honda Racing - 87 mata
- Md Danial Syahmi (TRG) - PETRONAS Sprinta Yamaha - AfB Tech - 69 mata
Leave a Reply