• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Surgo - Kenderaan Konsep Menyelamat Gunung Ini Mampu Selamatkan Nyawa Pendaki

Surgo - Kenderaan Konsep Menyelamat Gunung Ini Mampu Selamatkan Nyawa Pendaki

September 9, 2017 By Han Othman Leave a Comment

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FIRMA rekabentuk dari Poland, 2sympleks mendedahkan rekaan kenderaan penyelamat yang direka khas untuk mengatasi cabaran dan halangan di kawasan pergunungan, dipanggil Konsep Kenderaan Penyelamat Gunung Surgo.

Kenderaan tersebut dihasilkan dengan fizikal badan ringan dan luas yang mampu memuatkan dua kerusi di depan berserta dua baris tempat duduk tambahan untuk tiga kerusi di belakang.  Juga disediakan ruang menyimpan alatan menyelamat di belakang dan tali untuk menempatkan papan spinal di atas bumbung.

2sympleks juga membayangkan bakal melengkapkan Surgo dengan set tayar off-road besar bersama spring dan absorber dual sebagai persediaan menempuh situasi permukaan jalan paling sukar. Tiada perincian trenkuasa didedahkan, tetapi faktor keluasan dalaman mungkin memberi kelebihan kepada Surgo untuk menggunakan tenaga elektrik sebagai bekalan kuasa.

Pada tahap ini, firma rekabentuk itu hanya baru menghasilkan model skala dan belum mengumumkan sebarang rancangan membina versi saiz penuh.

Jika terlaksana, Surgo mungkin ialah jawapan terbaik buat pendaki. Apatah lagi banyak insiden kemalangan di pergunungan sebelum ini gagal diselamatkan berikutan masalah akses pasukan penyelamat gara-gara isu pengangkutan.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Related

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 2sympleks, konsep kenderaan menyelamat gunung, Roda4, Surgo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my