• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelumba NASCAR Hilang Tajaan Subway, Dikesan Edar Dunkin' Donut

Pelumba NASCAR Hilang Tajaan Subway, Dikesan Edar Dunkin' Donut

September 6, 2017 By Han Othman 1 Comment

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FRANCAIS makanan segera, Subway menamatkan tajaan ke atas pasukan Daniel Suarez selepas pelumba NASCAR bernombor 19 itu dikesan dalam segmen NBC sedang mengedarkan donat Dunkin' Donut sekitar litar New Hampshire Motor Speedway.

Sebelum penamatan tajaan itu, Subway sudah selesai menaja tiga daripada empat perlumbaan membabitkan pasukan Suarez, Joe Gibbs Racing Team dengan mendakwa apa yang berlaku adalah di luar kawalan. Sementara itu, Suarez pula adalah satu-satunya pemandu kelahiran Mexico dalam siri Sprint Cup, dan juga pemandu asing (bukan Amerika) pertama memenangi kejuaraan NASCAR dalam siri Xfinity pada 2016.

KERANA DONAT


Dalam segmen NBC yang ke udara Julai lalu, Suarez dilihat memandu bugi (kereta golf) mengelilingi trek dan ditemubual hos, Rutledge Wood sambil berinteraksi bersama peminatnya. Pemilik pasukan, Joe Gibbs mengesahkan video tersebut adalah alasan utama di sebalik keputusan Subway menarik balik tajaan ke atas pasukan Suarez.

JOE GIBBS

“Inilah apa yang saya faham. Inilah apa yang saya dengar," kata Gibbs.

Subway tidak menjual donat, tetapi menawarkan menu sarapan yang turut disediakan pesaingnya itu. Susulan keputusan tersebut, pasukan Suarez kini perlu mencari penaja utama baharu menjelang perlumbaan Alabama 500 pada 15 Oktober ini.

Sementara itu, beberapa rakan NASCAR Suarez sempat memuat naik mesej dalam Tweeter untuk menyatakan sokongan ke atas pelumba berusia 25 tahun itu. Suarez kini berada dalam kedudukan ke-17 dalam ranking NASCAR.

SUMBER: Fox News

Related

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Daniel Suarez, Dunkin' Donut, Joe Gibbs, Joe Gibbs Racing Team, NASCAR, Subway

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev