• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB150R ExMotion - Motosikal Neo-Retro 150cc Pertama Honda Dilancarkan di Thailand

Honda CB150R ExMotion - Motosikal Neo-Retro 150cc Pertama Honda Dilancarkan di Thailand

September 5, 2017 By ZY 6 Comments

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN hanya dipasarkan nun di negara jiran sebelah utara sana, pelancaran model naked 150cc baharu oleh AP Honda Thailand baru-baru ini memang membuatkan ramai peminat permotoran tempatan terliur.

Dikuasakan enjin 4 lejang DOHC 149cc, tidak dinyatakan pula angka kuasa yang bakal dijanakan. Tetapi itu bukan soalnya kerana banyak mata yang melihat lebih tertarik kepada rekaan CB150R ExMotion yang unik dalam kelas motosikal jalanan (streetbike) sesaran rendah.

honda_cb150r_23
color options exmotion
cb150r exmotion
00-3-600x400
yi-o
08-honda-CB150R-2017

Menampilkan ciri-ciri moden seperti meter digital penuh, suspensi depan fork terbalik, brek cakera apung (floating) dengan sistem ABS G-Sensor dan lengan ayun pisang (banana swing arm). Semua itu dipadankan bersama rekabentuk lampu depan bulat berserta warna sedikit kusam. Di sini jelas menunjukkan betapa CB150R ExMotion diilhamkan daripada jentera klasik-moden seperti Yamaha XSR atau Ducati Scrambler yang popular di kalangan peminat tempatan.

Didatangkan dengan empat pilihan warna:

  • Pearl Cadet Gray (kelabu).
  • Millennium Red (merah).
  • Mat Laurel Green Metallic (hijau).
  • Asteroid Black Metallic (hitam).

Unit standard tanpa ABS ditawarkan pada harga pengenalan ฿99,800 (RM12,829), manakala versi ABS berharga ฿109,800 (RM14,123) dengan pilihan warna terhad, Pearl Cadet Gray (kelabu) dan Asteroid Black Metallic (hitam) sahaja.

Tiga model edisi terhad turut diumumkan:

  • CB150R Scrambler Cafe (1,000 unit) - ฿118,400 (RM15,229)
  • CB150R Street Cafe (500 unit) - ฿135,200 (RM17,390)
  • CB150R Edisi Moriwaki (500 unit) - dilancarkan Oktober nanti. Harga belum diumumkan.

Mahal? Tidak perlu pening kepala kerana model tersebut bukan dibuat untuk pelancaran Malaysia. Jadi, kita tengok diam-diam sajalah ye.

Related

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda CB150R ExMotion, neo retro, roda2, streetbike, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev