• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Li Chunrong Sudah Dilantik Sebagai CEO Baharu Proton?

Li Chunrong Sudah Dilantik Sebagai CEO Baharu Proton?

September 5, 2017 By Abang GYL 2 Comments

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BULAN lalu, kami ada menyiarkan artikel Zhejiang Geely Holding Group (Geely) sedang mencari calon sesuai untuk mengetuai Proton.

Terkini, tersebar spekulasi mengenai tokoh automotif terkenal, Li Chunrong bakal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton baharu selepas beliau dilaporkan menyertai barisan pengurusan Geely.

Menurut laporan Berita Harian, dipetik daripada portal China Automotive Review, bekas Pengarah dan Timbalan Pengurus Besar Eksekutif Dongfeng Honda Engine Company itu secara rasmi sudah menyertai Geely dan bakal berkhidmat sebagai CEO baharu Proton. Bagaimanapun, pegawai Geely enggan memberi sebarang komen mengenai spekulasi tersebut.

SIAPA LI CHUNRONG?

LI CHUNRONG

Sedikit profil mengenai Chunrong, dalam tempoh 30 tahun bersama Dongfeng Automobile, beliau pernah memegang jawatan Timbalan Pengarah bagi Lembaga Pengarah Dongfeng, Timbalan Pengurus Besar Dongfeng Yueda KIA Automobile Ltd Co, Pengawal Selia Dongfeng Group dan Pengurus Besar Bahagian Kereta Penumpang Dongfeng.

Pada 23 Jun lalu, Geely sah menjadi rakan strategik (FSP) Proton apabila memperoleh 49.9 peratus pegangan saham.

Pembelian saham itu membolehkan Proton mendapat akses kepada pelbagai platform dan enjin di bawah jenama Geely selain berpeluang menembusi pasaran sedia ada di China, termasuk pasaran kenderaan pemanduan sebelah kanan di Asia Tenggara (Asean).

Berdasarkan perjanjian, Geely akan mengawal operasi Proton manakala Lembaga Pengarah pula masih di bawah DRB-Hicom. Calon bagi mengisi dua jawatan utama itu juga tidak semestinya dari CHina atau mana-mana negara luar kerana mereka turut boleh mengekalkan pengurusan sedia ada.

PANDANGAN KAMI?

Secara peribadi, kami tiada masalah siapakah hero yang bakal memimpin Proton kembali ke landasan tepat asalkan zaman kegemilangan Proton dapat bersinar semula. Lihat saja bagaimana Geely membeli Volvo dan menaikkan semula reputasi jenama automobil dari Sweden itu di pasaran antarabangsa.

Tidak kira siapa pun mengetuai Proton, kami mahu jenama nasional kita dapat meneruskan survival dalam industri automotif tempatan dan antarabangsa, sekali gus memacu ekonomi, teknologi dan kepakaran anak watan.

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CEO Proton, Geely, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Li Chun Rong, Li Chun Rong CEO Proton, Proton

Comments

  1. Limau says

    September 5, 2017 at 11:59 AM

    Jangan cepat melatah...
    Nasib sesuatu kaum atas kaum itu sendiri...

    Reply
  2. azman Ahmad says

    September 24, 2024 at 8:25 AM

    kereta saya rosak .aduan telah dibuat sebelim wareety tamat. apabila tempuh warebty tamat disuruh bayar untuk alat gantian pula katanaya tempuh warenty telah tamat. sedangkan pihak proton gagal untuk baiki sebelum tamat tempuh warenty. Telah di tipu dan diangai oleh proton. Kesla sangat beli kereta diproton.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my