• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Beza Mod 'Udara Dalam' dan 'Udara Luar' dalam A/C Kereta?

#TahukahAnda: Apakah Beza Mod 'Udara Dalam' dan 'Udara Luar' dalam A/C Kereta?

September 3, 2017 By Azhan O 9 Comments

20.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEBANYAKAN sistem penyaman udara (A/C) kereta membenarkan pemandu memilih antara udara sirkulasi ulang (recirculate) dan udara segar dari luar untuk menyejukkan ruang kabin. Namun, masih ramai pemandu tidak tahu apakah perbezaan kedua-dua mod tersebut. Bukankah udara tetap juga udara?

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Penyaman Udara (A/C) Kereta yang Perlu Anda Tahu

Jawapannya begini,

RECIRCULATE LEBIH CEPAT SEJUK

Udara recirculate yang sedia ada dalam kereta boleh membantu menyejukkan ruang dalaman kereta lebih cepat berbanding udara segar dari luar. Mod ini sangat penting apabila memasang A/C ketika cuaca panas, terutama waktu tengah hari. Namun, udara recirculate mempunyai risiko kesihatan jika A/C kereta dalam mod tersebut dibiarkan terpasang untuk jangka masa lama.

Ini kerana udara (atau oksigen) dalam kabin yang disedut dan dilepaskan penumpang adalah sarat dengan kelembapan, termasuk kurang kandungan oksigen. Kesannya, penumpang akan mula rasa pening, atau hilang kepekaan hingga menyebabkan mereka hilang fokus dan kurang cekap memandu dengan selamat.

Malah, dalam situasi tertentu, cermin tingkap boleh berkabus dan situasi berkenaan boleh menjejaskan kejelasan pemanduan.

UDARA LUAR LEBIH SEGAR, SELAMAT


Berbeza pula udara luar yang lebih segar, tinggi kandungan oksigen dan tiada kelembapan daripada penumpang. Namun, memandu dalam bandar sesak yang kerap berhenti dan bergerak, serta sentiasa dikelilingi kenderaan lain, memilih mod udara segar bukanlah tindakan bijak.

Sebabnya, anda akan disuapkan bauan asap dari kenderaan di luar. Kalau tidak percaya, cubalah guna mod udara segar ketika memandu di belakang lori diesel atau bas kilang. Macam hendak pitam dibuatnya.

BACA >>> #ApaNakBuat: 10 Tip DIY Mudah Cuci Penapis Penyaman Udara Proton Saga BLM

MANA LEBIH SESUAI?

Ada beberapa situasi memandu yang perlu anda pertimbangkan jika mahu menggunakan salah satu mod A/C berkenaan. Ikuti tip di bawah ini:

1. Jika memandu kereta lama dalam cuaca panas, gunakan mod recirculate hingga ruang kabin mencapai tahap sejuk tertentu sebelum beralih kepada mod udara segar.

2. Jika memandu kereta baharu, anda boleh memilih mod sistem A/C automatik. Ini kerana sensor sistem A/C automatik berfungsi memantau kelembapan dalam kabin, dan paras oksigen, termasuk menyuap udara segar dari luar (jika perlu) untuk memastikan kondisi dalam kabin kekal selamat.

BACA >>> 5 Punca Penyaman Udara Kereta Bising Setiap Kali Dipasang

3. Sentiasa gunakan mod recirculate ketika memandu dalam kesesakan trafik teruk.

4. Jika memandu di lebuh raya yang bergerak lancar, tukarlah mod recirculate kepada mod udara segar setiap sejam sekali. Ataupun buka tingkap kereta untuk mendapatkan udara segar.

5. Jika cuaca sejuk, misalnya selepas hujan atau malam, boleh gunakan mod udara segar supaya enjin lebih rileks dan kurang stres.

Related

20.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: A/C, autotainment, fresh air, mod aircond, penyaman udara, penyaman udara (AC), recirculate, Roda4, tahukah anda

Comments

  1. Azizi says

    November 14, 2017 at 11:04 AM

    Boleh ke pakai mod udara segar ketika hujan? Air masuk ke saluran tak?

    Reply
    • Mohd. Hezery Hussin says

      December 2, 2018 at 9:49 PM

      Better pakai mod udara segar kalau hujan. Sebabnya, cermin jadi kurg b'kabut psl suhu luar & dlm xjauh beza. Kalau mod recirculate lak cermin b'kabut kat belah luar time hujan sebab belah dlm sejuk sgt + kelembapan tinggi. Jgn risau, time mod udara segar air xkn masuk sebab lubang masuk angin memang ditempatkan kat tempat yg xmsuk air.

      Reply
  2. Suverinus says

    January 14, 2019 at 1:20 PM

    Info yang berguna..selama ni tak tahu pun pasal mode tu..pasal ak fikir sama je..tq btw.

    Reply
  3. Jep says

    June 11, 2019 at 12:39 AM

    Proton persona 2012 mana ha setting udara luar/dalam ni. Cari2 tak jumpa pulak

    Reply
    • Boyracer says

      June 11, 2019 at 7:02 PM

      Ada kat tmpt pusing kipas tu..tekan tgh2..

      Reply
  4. Leng dick says

    October 23, 2019 at 12:35 AM

    cermin kereta berkabus dari luar jika hujan..jika beekabus didalam boleh lagi lap.kenapa terjadi begitu

    Reply
  5. Raden says

    November 9, 2019 at 8:09 PM

    Satria Neo ade X Suis ni?Ke Xde Eeh cari xjmpee

    Reply
  6. phu wah weh says

    July 22, 2021 at 3:55 PM

    mod udara 'segar' ni kekadang berbau durian... sampah dan asap kenderaan..

    Reply
  7. Sabri says

    April 19, 2024 at 2:34 PM

    Pak cik hidup 65 tahun baru tau

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev