• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Renault Twingo Iconic Special Edition di UK - Harga Bermula RM80,723

Renault Twingo Iconic Special Edition di UK - Harga Bermula RM80,723

September 3, 2017 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter


RENAULT melancarkan model Twingo Iconic Edisi Khas untuk pasaran Britain bermula bulan ini pada harga £14,595 (RM80,723) untuk varian manual, dan £15,515 (RM85,812) untuk automatik EDC. Renault mendakwa beberapa ciri tambahan baharu yang ditawarkan membolehkan pembeli menjimatkan bajet pembelian hingga £740 (RM4,092).

Terdapat dalam tiga kemasan warna, Crystal White (putih), Diamond Black (hitam) dan Mint Green (hijau) yang dibangunkan berasaskan versi kereta bandar, Dynamique dengan menampilkan beberapa naik taraf luaran.

Ini termasuk penampilan pelekat sisi 'Iconic' jejari silang (crosshatch), rim aloi 16-inci, cermin sisi boleh lipat elektrik, bumbung suria fabrik dengan paten sama seperti dalaman.

Menjengah ruang kabin Twingo Iconic Special Edition, jelas kelihatan upholsteri semi kulit bercorakkan crosshatch 'Iconic', sentuhan trim Mint Green sekitar kabin dan karpet lantai yang juga bermotifkan hijau pudina.

Model ini turut dilengkapkan dengan lampu utama dan bilah pengelap automatik, lampu kabus depan, cermin pemanas elektrik, navigasi satelit R-Link, radiao DAB, Bluetooth, kawalan suhu dan kawalan jelajah dengan pengehad kelajuan.

Enjin petrol pengecas turbo TCe yang dibekalkan mampu menjana kuasa 89hp dan dapat memecut 0-100kmj sepantas 10.8 saat berserta kelajuan maksimum 166kmj. Versi Twingo mencatatkan tahap emisi 65.7 UK mpg dalam NEDC dan pelepasan 99 g/km bagi CO2.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Renault, Renault Twingo, Renault Twingo Iconic Special Edition, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my