MACAM-MACAM!!! Selepas 1M4U, RIMAU, SMS, US dan banyak lagi, anda kini boleh memiliki nombor plat khas U.
Nombor plat khas U yang dikeluarkan oleh iM4U Sentral itu boleh dibida bermula sekarang hingga 8 September 2017. Keputusan bagi nombor plat khas U1 - U9999 bakal diumumkan pada 18 September depan.
BACA >>> Nombor Pendaftaran US1 - US1000 Dibuka Esok, Kami Akan Pilih US742
BAGAIMANA MAHU MEMOHON
Bagi mereka yang berminat untuk membida nombor plat khas U, anda boleh memohon dengan memuat turun borang tempahan menerusi laman www.plat-u.com
Isi borang dan sediakan draf bank atas nama IM4U PLAT. Hantarkan permohonan anda seperti alamat di bawah. Nilai bidaan bermula RM50.
Maklumat lanjut mengenai bidaan nombor plat khas U, sila rujuk di www.plat-u.com.
BACA >>> Nombor Pendaftaran AKU8055 (AKUBOSS) Dibida Pada Harga RM74,000
FOTO KREDIT C-HR Ajerul Antoine
ALAMAT:
- Sekretariat Pengurusan No Plat U
Peti Surat 10261 Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur
50708 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
301