• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Bakal Pamer Hot-Hatch Versi 'Extended' di Frankfurt?

Kia Bakal Pamer Hot-Hatch Versi 'Extended' di Frankfurt?

September 3, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KIA Motors kini giat melancarkan model-model baharu hingga terasa seperti setiap bulan ada saja pelancaran dibuat. Sebelum ini, Kia mendedahkan model pengeluaran Stonic yang berada dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak.

Sempena Pameran Motor Antarabangsa Frankfurt 2017 pada 12 September ini, Kia bakal mendedahkan model konsep baharu yang dirujuk sebagai hot-hatch lanjutan (extended hot-hatch). Aneh juga terma tersebut, apakah model dimaksudkan itu ialah sebuah wagon, fastback atau shooting brake? Namun, jika melihat foto disiarkan, memang nampak mengagumkan.

BAYANGAN MODEL CEE'D


Menariknya, model konsep itu bakal ditayangkan kepada umum hanya 500 meter dari Pusat Rekabentuk Eropah Kia yang terletak begitu hampir dengan Dewan Pameran Frankfurt, Jerman. Rekabentuk model konsep tersebut membayangkan model Cee'd generasi baharu dengan rekaan badan unik yang belum pernah digunakan mana-mana model Kia terdahulu.

Kia gigih melancarkan model baharu kerana platform dan nadi kuasa model-model dilancarkan pengeluar dari Korea Selatan adalah berkongsi sama dengan syarikat induknya, Hyundai.

Malah, model-model baharu Kia menampakkan peningkatan kemajuan yang membanggakan. Lihat saja Kia Stinger, Stonic dan Picanto baharu. Mungkin Naza Kia, selaku pengedar rasmi jenama Kia di Malaysia boleh menyemak semula pakej ditawarkan pada Kia Rio yang nampak agak ke belakang berbanding pesaing lain dalam segmen sama.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, Kia c'eed, Kia Motors, Pameran Motor Frankfurt 2017, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev