• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Leon Generasi Ke-3 Jadi Model Paling Laris dalam Sejarah Seat!

Leon Generasi Ke-3 Jadi Model Paling Laris dalam Sejarah Seat!

August 29, 2017 By Han Othman 1 Comment

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM masa kurang lima tahun memasuki pasaran, Seat Leon generasi ke-3 berjaya menjual 682,567 unit dengan mengatasi semua rekod jualan yang pernah diraih model terdahulu.

Leon generasi terbaharu disahkan secara rasmi sebagai model kompak paling laris dalam sejarah Seat, di mana pengeluar automotif dari Sepanyol itu sudah menjual keseluruhan 1,893,279 unit Leon sejak model tersebut dilancarkan pada 1999.

BACA >>> Jorge Lorenzo, Andrea Dovizioso Jadi Duta Kereta Sepanyol - SEAT

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Seat, Wayne Griffiths berkata;

Leon generasi ke-3 menandakan titik belok buat Seat dan menjadi salah satu daripada pemacu utama kepada perubahan syarikat."

"Ini ialah model paling laris kami, dan membolehkan kami mengambil loncatan besar dalam perniagaan juga. Terima kasih atas kejayaan versi wagon yang ditambah kepada barisan sedia ada buat pertama kali dalam generasi ini."

Pasaran paling penting bagi Seat Leon ialah Jerman, Sepanyol dan Britain, di mana Leon versi wagon kini mencatatkan jualan 30.7 peratus daripada keseluruhan jumlah jualan model baharu itu yang dilancarkan sejak 2012, sekali gus meningkatkan rekod jualan Seat hingga lebih 90 peratus!

BACA >>> Kereta Terlaris Eropah 2016 - VW Popular, Tapi Skoda Paling Laku

Seat Leon bersama Ibiza, Ateca dan Arona (akan datang) adalah antara model taruhan terbesar bagi jenama tersebut dengan pertumbuhan jualan syarikat meningkat lebih 13 peratus setakat tahun ini.

Seat-Leon-coupe-01
Seat-Leon-hatchback-01
Seat-Leon-hatchback-02
Seat-Leon-hatchback-03
Seat-Leon-hatchback-04
Seat-Leon-range-01
Seat-Leon-range-02
Seat-Leon-range-03
Seat-Leon-Wagon-1

SUMBER: Car Scoops 

 

Related

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: paling laris, Roda4, Seat, Seat Leon, Seat Leon gen-3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev