NOMBOR pendaftaran AKU1 menerima bidaan tertinggi iaitu RM207,898.90, manakala nombor pendaftaran pilihan ramai, AKU8055 yang membawa maksud 'AKUBOSS' pula menerima bidaan berjumlah RM74,000.
Selain AKU8055, nombor pendaftaran AKU805 dan AKU1305 turut menjadi pilihan ramai.
Perkara itu diumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak. Sebelum ini, JPJ Perak membuka bidaan bermula 3 hingga 18 Julai 2017 bagi nombor pendaftaran AKU1 hingga AKU9999.
Menurut JPJ Perak, pihaknya menerima jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM3.5 juta bagi nombor pendaftaran AKU dan juga bidaan tertinggi pernah diterima setakat ini.
Senarai bidaan bagi nombor pendaftaran AKU boleh rujuk di galeri.
BACA >>> Lagi Nombor Pendaftaran Sedia Dibida (VAV 1 - VAV 9999), Pemilik VAV 1 Paling Dinanti
BACA >>> Nombor Pendaftaran US1 - US1000 Dibuka Esok, Kami Akan Pilih US742
Leave a Reply