• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UD Trucks Croner - Trak Berteknologi Tinggi & Tahan Lasak

UD Trucks Croner - Trak Berteknologi Tinggi & Tahan Lasak

August 25, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Harga UD Trucks Croner Malaysia

UD Trucks menerusi pengedarnya di Malaysia, Tan Chong Industrial Equipment (TCIE) melancarkan trak tugas sederhana, Croner serba baharu.

Croner didatangkan dalam dua varian, LKE dan PKE, serta direka khas buat membantu mereka yang mahukan sebuah trak mudah pandu dan dikendalikan.

Bagi memastikan Croner menjadi antara trak terbaik, pasukan jurutera UD Trucks melakukan pelbagai ujian selama tiga tahun. Antaranya menghabiskan masa 1.7 juta jam dari segi kejuruteraan, 30,000 jam menguji Croner menggunakan 90 rig ujian dan lebih 100 trak ujian demi memastikan kualiti berada pada tahap terbaik.

UD Trucks Croner MalaysiaDari aspek keselamatan, Croner dipadankan dengan sistem brek udara sepenuhnya (termasuk sistem brek anti-kunci - ABS) dan brek drum S-cam.

Sistem ABS yang digunakan dalam UD Trucks turut didatangkan dengan ciri Agihan Brek Elektronik (EBD) yang membantu gandar belakang membrek berlebihan dan mengehadkan tekanan brek berdasarkan kepada roda.

Malah, suspensi udara pada model PKE turut ditawarkan sebagai pilihan untuk melindungi kargo pelanggan apabila melalui jalan kasar.

Sempena pelancaran itu juga, TCIE turut menawarkan rebat menarik sebanyak RM10,000 untuk setiap tempahan Croner serba baharu mulai sekarang hingga 31 Ogos 2017.

Sebagai tambahan, pelanggan yang membeli Croner juga boleh menikmati pembiayaan penuh 100 peratus. Pembiayaan itu sah hingga 31 Disember 2017, selagi stok masih ada, tertakluk kepada terma dan syarat.

Harga UD Trucks Croner Malaysia
UD Trucks Croner Malaysia
UD Trucks Croner Malaysia
UD Trucks Croner Malaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Croner, Harga UD Trucks Croner Malaysia, Spesifikasi UD Trucks Croner, trak UD, UD Trucks Croner, UD Trucks Croner Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev