• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Transformasi Chery - Bakal Tukar Nama Baharu, Lantik Ketua Pereka GM

Transformasi Chery - Bakal Tukar Nama Baharu, Lantik Ketua Pereka GM

August 25, 2017 By Han Othman 1 Comment

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CHERY Automobile mengumumkan akan mula menjual model-model jenama itu di Eropah di bawah jenama baharu dalam beberapa tahun akan datang. Bagaimanapun, nama bagi jenama baharu tersebut masih belum didedahkan.

Namun, model pertama, iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak yang menyasarkan golongan urban muda terlebih dahulu ditayangkan pada Pameran Motor Frankfurt 2017 pada 12 September ini. Model tersebut kini dikenali dengan nama kod M31T, dan Chery turut mendedahkan imej-imej acah atau teaser yang menunjukkan profil luaran dan rupa papan pemuka.

SUV kompak baharu itu akan dibina atas platform baharu dan bakal memenuhi kehendak dan jangkaan pembeli di Eropah dari segi rekabentuk, kualiti, dinamik dan keselamatan.  Barisan enjin pula terdiri daripada dua varian, iaitu pengecas turbo 1.6L petrol dan 1.5L hibrid yang kedua-duanya mematuhi standard emisi Euro 6.

Chery bukanlah satu-satunya pengeluar automobil China yang cuba memasuki pasaran Eropah. Pengeluar automotif Jerman, Borgward yang disokong China dijangka mempamerkan coupe elektrik di Frankfurt nanti, manakala Great Wall pula bersedia melancarkan Way, iaitu jenama China pertama memperkenalkan kereta premium di Eropah.

Malah, Chery pada Julai lalu melantik orang kuat General Motors (GM), Steve Eum sebagai ketua pereka dalam usaha menjadikan jenama itu lebih kompetitif di pasaran antarabangsa. Dengan bantuan Eum, dan jenama baharu yang mungkin kedengaran tidak kekok menurut telinga mat saleh, pastinya ramai peminat automotif tidak sabar menanti kejutan Chery itu.

SUMBER: Car Scoops

Related

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Chery, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), M31T, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my