• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat Proton di Taman Bukit Serdang Kini Dibuka

Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat Proton di Taman Bukit Serdang Kini Dibuka

August 23, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

229
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

body & paint Proton Taman Bukit Serdang

BERMULA sebagai pusat 2S (servis dan alat ganti) pada 1997, Proton menerusi pengedarnya, World Car Care Services Sdn Bhd kini membuka pusat baik pulih kenderaan dan sembur cat di Taman Bukit Serdang.

Pembukaan pusat 'body & paint' baharu itu adalah antara usaha menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik kepada pemilik kenderaan Proton. Bukan itu saja, World Car Care Services turut membuat pelaburan dalam menaik taraf bilik pameran di Bukit Jalil selaras keutamaan Proton yang mahu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada semua pelanggannya.

BACA >>> Pusat 4S Proton Muar - Bilik Pameran Pertama Berkonsepkan CI

body & paint Proton Taman Bukit Serdang
World Car Care Services Sdn Bhd

Dalam pada itu, Proton kini sedang menjalankan promosi sepanjang Ogos 2017. Pelanggan yang membuat tempahan kereta Proton sepanjang Ogos 2017 kini berpeluang mendapat:

  • Servis percuma 5 tahun, atau 100,000km (mana satu tiba dahulu).
  • Waranti 5 tahun, atau 150,000km (mana satu tiba dahulu).
  • Rating Asean NCAP 5-bintang (model Proton terpilih).

Lebih menarik, anda turut berpeluang meraih bonus kesetiaan bernilai RM1,000, tertakluk terma dan syarat. Jika berminat, hah, tunggu apa lagi. Sila buat tempahan pandu uji sekarang di mana-mana pengedar sah Proton seluruh negara atau menerusi aplikasi MyProton.

Malah, tempahan pandu uji anda itu bukanlah 'kosong' semata-mata kerana jika bertuah, anda boleh membawa pulang kad petrol bernilai RM500 sebagai pemenang mingguan dan wang tunai RM3,000 (pemenang bulanan) bagi peraduan ‘Proton Experience The Drive’. Segalanya semudah memandu uji model Proton!

ALAMAT PUSAT MENGETUK & CAT PROTON TAMAN BUKIT SERDANG

  • Lot 591, Jalan BS 10/6, Taman Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

GALERI

body & paint Proton Taman Bukit Serdang
World Car Care Services Sdn Bhd
body & paint Proton Taman Bukit Serdang
body & paint Proton Taman Bukit Serdang
World Car Care Services Sdn Bhd
body & paint Proton Taman Bukit Serdang

Related

229
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Body & paint Proton, Proton, proton experience the drive, pusat cat proton, The Amazing 5 Value, World Car Care Services Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev