• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Perkenal Frontier, Titan, dan Titan XD 'Edisi Larut Malam'

Nissan Perkenal Frontier, Titan, dan Titan XD 'Edisi Larut Malam'

August 22, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


NISSAN menyambut fenomena alam, gerhana matahari yang berlangsung baru-baru ini bersama penduduk Amerika Syarikat (AS) dengan melancarkan tiga model 'Midnight Edition', membabitkan Frontier, Titan dan Titan XD yang akan mula dijual di negara itu, bulan hadapan.

BACA >>> Nissan Titan Mahu Pecah Dominasi Trak Pikap Amerika

Bermula Titan, trak pikap itu dilengkapkan dengan lampu utama gelap, gril hitam, dan lencana luaran hitam. Model tersebut juga tampil dengan pemijak sisi hitam, cermin sisi hitam dan rim aluminium 20-inci dengan kemasan hitam. Bampar  warna badan didatangkan sebagai ciri standard dan trak pikap itu boleh ditempah dalam pilihan warna Magnetic Black, Gun Metallic dan Pearl White.

Pemandu yang mungkin mencari perubahan pada ruang dalaman mungkin sedikit kecewa kerana trak pikap itu masih mengekal gelap dan serba hitam bersama pilihan karpet lantai khas, Midnight Edition.

Pakej Midnight Edition boleh didapati pada varian Titan Crew Cab SV dan SL sama ada dalam sistem pacuan roda belakang (RWD) atau 4-roda (4WD). Titan XD juga bergaya sama, cuma apa yang berbeza ialah lencana 'XD' dikhaskan untuk trak pikap dengan enjin 5.0L Cummins V8 diesel berkuasa 310hp dan tork 751Nm.

BACA >>> Nissan Navara Patah Dua - Pemilik Britain Berang Nissan Buat Tidak Peduli

FRONTIER LEBIH IDENTIK

Penampilan Frontier Midnight Edition lebih identik menerusi bampar warna badan, gril hitam, dan rim aluminium 18-inci dengan kemasan hitam, termasuk ciri lain seperti cermin sisi hitam, pemijak sisi hitam dan lencana hitam.

Harga ketiga-tiga model edisi khas itu akan diumumkan menjelang hari pelancaran kelak. Sama seperti edisi 'Larut Malam' terdahulu, Nissan menjangka model berkenaan dapat dijual dua kali lebih pantas berbanding model standard.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: gerhana matahari, Nissan, Nissan Frontier Midnight Edition (2017), Nissan Midnight Edition, Nissan Titan Midnight Edition (2017), Nissan Titan XD Midnight Edition (2017), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my