• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Golf Sportsvan Meriahkan Famili Golf dengan Rekaan Lebih Kemas

Volkswagen Golf Sportsvan Meriahkan Famili Golf dengan Rekaan Lebih Kemas

August 22, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Golf Sportsvan akhirnya didedahkan sebagai ahli famili terbaru Golf menjelang debut rasmi di Pameran Motor Frankfurt 2017, bulan depan.

Kereta kompak 5-pintu versatil itu didatangkan dengan bampar baharu, lampu utama dengan teknologi LED untuk varian premium, lampu belakang LED, rekaan rim segar, dan warna luaran baharu, Cranberry Red (merah).

Menjengah ruang dalaman, Volkswagen Gold Sportsvan (2018) menerima trim kemasan baharu, termasuk fabrik dan kerusi kulit yang juga baharu sebagai tambahan kepada sistem navigasi Discover Pro yang memuatkan paparan 9.2-inci dengan kawalan gestur dan butang sentuh kapasitif.

BACA >>> #RetroAuto: Asal-Usul 'Kerusi Pelikat' Volkswagen Golf GTI

Aplikasi Media Control juga sebahagian daripada ciri dalaman ditawarkan dengan menyediakan antaramuka untuk sistem infotainment buat peranti pintar yang membolehkan pengguna mengawal sistem menerusi gajet masing-masing.

SECURITY & SERVICES

Volkswagen turut menambah pakej 'Sekuriti & Senggara'  di mana pemandu boleh mendapatkan bantuan dalam pelbagai situasi seperti perkhidmatan jalanan, notifikasi kemalangan automatik dan penjadualan penyenggaraan.

Sistem bantuan pemandu  baharu juga ditambah kepada Golf Sportsvan, termasuk Pemantauan Pejalan Kaki sebagai sebahagian daripada ciri Bantuan Depan (FA) dengan Pembrekan Kecemasan Bandar (CEB),  Bantuan Kesesakan Trafik semi-autonomi henti-dan-mula hingga 60kmj, Bantuan Kecemasan, Bantuan Parkir dan Bantuan Treler (lihat video di bawah).

BACA >>> Volkswagen Golf GTI TCR (2017) Versi Facelift - 345hp, Lebih RM400k

Barisan enjin terdiri daripada tiga unit enjin TSI petrol baharu, termasuk dua enjin TDI diesel yang siap dengan ciri Pengurusan Silinder Aktif (ACM). Perincian lengkap model ini akan diumumkan pada 12 September nanti, manakala tempahan akan mula dibuka di Jerman pada bulan hadapan.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Pameran Motor Frankfurt 2017, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Golf Sportsvan, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my