• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 6 Situasi Kurang Enak yang Penunggang Motosikal Kena Hadap Setiap Hari

6 Situasi Kurang Enak yang Penunggang Motosikal Kena Hadap Setiap Hari

August 23, 2017 By ZY 1 Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBAGAI penunggang motosikal sepenuh masa, memang seronok melihat pengguna jalan raya lain tersangkut berjam-jam lama di tengah kesesakan lalu lintas, sebaliknya anda pula dapat mencilok sana sini dan sampai ke destinasi yang mahu dituju.

Tapi aku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari."

Berikut adalah 6 perkara kurang enak yang terpaksa dihadapi hampir semua penunggang motosikal seperti kita semua.

1. Sarung Sut Keselamatan yang Leceh


Melainkan anda jenis yang main redah saja, mengenakan sut keselamatan memang mengambil masa. Ada sut yang perlu dipakai mengikut turutan. Misalnya, helmet dengan pengikat keledar D-ring hanya boleh dipakai sebelum mengenakan sarung tangan. Jika tersilap urutan, jenuhlah pula kena buka dan sarung semula.

BACA >>> Tip Pilih Helmet [SIRI 1]: Ketahui Jenis Helmet Pilihan Anda

2. Gatal Ketika Menunggang


Sudahlah leceh mahu kenakan sut keselamatan. Apabila tayar sudah bergolek, masa itulah sindrom gatal mula menyerang. Memang azab rasanya, lagi-lagi kepala. Tapi, takkan nak garu helmet pula?

3. Dilibas Tali Helmet atau Beg Galas


Sesetengah helmet atau beg galas mempunyai tali strap yang terlebih panjang. Jika tidak diikat kemas, memang boleh lebam kena libas. Lebih-lebih lagi ketika menunggang laju.

BACA >>> Tip Pilih Helmet [SIRI 2]: Ketahui 5 Kriteria Penting Ini Sebelum Beli Helmet

4. Panas 'Berkicap'


Panahan matahari terik membuatkan suhu persekitaran mencecah lebih 30°C. Tambahan pula jasad terperangkap dalam sut keselamatan yang pastinya membuatkan 'peluh berkicap' membasahi badan. Sudahnya, sampai ke ofis memang cari surat khabar buat kipaslah jawabnya.

5. Perubahan Cuaca Tidak Dijangka


Melihat cuaca cerah, anda tidak teragak-agak meneruskan perjalanan tanpa membawa baju hujan. Tetapi, apabila sudah berada atas jalan, hujan mencurah-curah pula. Memang tidak boleh berpatah balik, melainkan cepat-cepat berhenti bawah jambatan.

6. Pemandu Teragak-Agak


Walaupun kerap kali diingatkan tentang kepentingan membaca situasi, kadangkala tindak balas pemandu kenderaan lain sukar dijangka. Mungkin mereka tidak melanggar anda secara langsung. Tetapi, reaksi spontan anda mengelak turut mendedahkan diri kepada kemalangan yang lebih serius.


* Ada lagi pengalaman kurang enak sepanjang menunggang motosikal yang biasa anda hadapi? Kongsikan dengan kami di ruangan komen. 😀

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autotainment, motosikal, roda2, situasi penunggang perlu hadap

Comments

  1. Zull Arai says

    January 22, 2020 at 11:22 AM

    Ada lagi dua pengalaman kurang enak, iaitu keadaan silau matahari dan anjing yang berkeliaran dan kadangkala mengejar penunggang, tak jarang juga anjing tersebut menyebabkan kemalangan kepada penunggang....

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev