• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Peugeot 205 GTi - Serba Original, Minimalis dan Tukar Ekzos Je

Peugeot 205 GTi - Serba Original, Minimalis dan Tukar Ekzos Je

August 19, 2017 By Azhan O 1 Comment

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda penggila jentera kenit berkuasa tinggi atau hot-hatch oldskool, terutama yang datang daripada era 1980-1990-an, kelibat Peugeot 205 GTi di atas ini pasti cukup menggiurkan. Apatah lagi tampil dengan rupa bentuk penampilan asal hingga menyukar orang di luar sana mengesan apakah modifikasi yang sudah dilakukan si empunya kereta.

Misalnya, kereta di atas ini cukup saja mengubah suai sistem ekzos yang diserahkan tugas itu kepada tuner ekzos prestasi tinggi Britain, Milltek Sport.

Dipasangkan bersama enjin 1.9L, 205 GTi itu dipulihkan semula kepada prestasi era kegemilangan hot-hatch berkenaan. Misinya cuma satu, menghasilkan sistem ekzos yang mampu meningkatkan prestasi kereta, ringan dan boleh siap dibeli dengan waranti seumur hidup. Sistem ekzos tersebut sepatutnya sempurna untuk mana-mana versi 1.6 dan 1.9 walaupun buat masa ini cuma dikhaskan untuk model yang tiada penukar pemangkin.

Jadi, jika anda memiliki 205GTi dan mencari sedikit lonjakan prestasi tanpa sebarang modifikasi drastik, mengubah suai sistem ekzos mungkin perkara yang boleh dibawa ke meja rundingan. Bagaimanapun, tuner dari Britain itu tidak mendedahkan angka prestasi selepas pembikinan. Jadi, kita tidak tahu berapa kuasa yang mampu dihamburkan hatchback tersebut.

Apapun, 205 GTi standard berkuasa 126hp, lebih laju daripada Myvi!

peugeot-205-gti-1
peugeot-205-gti-2
peugeot-205-gti-3
peugeot-205-gti-4
peugeot-205-gti-5

SUMBER: Car Scoops

Related

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Kereta, hatchback, hot-hatch, Modifikasi, Peugeot, Peugeot 205 GTi, Roda4

Comments

  1. ohpt3 says

    September 7, 2017 at 12:48 PM

    kalau nak pasang dekat proton rasa bole kot..ahahaha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini
    WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev