• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / SPYSHOT: BMW i8 - Siapakah Pemilik Model Sport ini?

SPYSHOT: BMW i8 - Siapakah Pemilik Model Sport ini?

March 31, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Photo Mar 31, 1 29 33 AMKAMI mendapat perkhabaran bahawa model hibrid pertama BMW iaitu BMW i8 sedang menjalani ujian Vehicle Type Approval (VTA) di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Putrajaya, semalam.

Sudah pasti perkhabaran itu membuatkan kami teruja untuk berjumpa dengan model sport itu dan berkongsi gambar buat peminat-peminat automotif tempatan.

Dengan itu, terimalah gambaran luaran dan dalaman BMW i8 yang sempat dirakam ketika ujian VTA sedang dijalankan.

Untuk makluman, BMW i8 adalah model kedua dari keluarga BMW i setelah BMW i3.

Photo Mar 31, 1 29 40 AMDari aspek mekanikal, BMW i8 dijana unit enjin 1.5L 3-silinder TwinPower Turbo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 231hp dan tork 320Nm. Penghantaran tenaga ke dua roda belakang dibantu kotak gear automatik 6-kelajuan.

Sementara itu, i8 turut dibantu satu unit motor elektrik (131 hp & 250Nm) yang berfungsi untuk memutar dua roda depan. Hanya dengan motor elektrik tersebut membolehkan BMW i8 pergi sejauh 35km dan kelajuan maksimum 120 km/j.

Dari 0-100kmj, BMW i8 mampu dilakukan sepantas 4.4 saat dengan kelajuan maksimum sehingga 250kmj (gabungan enjin dan motor elektrik).

Lebih bertambah menarik, kami dimaklumkan BMW i8 yang sedang menjalani ujian VTA adalah milik 'seseorang' individu dan bukannya dihantar oleh pihak BMW Malaysia walaupun ia adalah salah satu model bakal dilancarkan tidak lama lagi. Agak-agaknya, siapakah gerangan pemilik baharu i8 ini?

SPESIFIKASI

BMW i8

ENJIN 1.5L 3-silinder TwinPower Turbo + Motor Elektrik
KUASA MAX 362hp (gabungan sistem output)
TORK MAX 570Nm (gabungan sistem output)
0-100KMJ 4.4 saat
KELAJUAN MAX 250kmj

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: BMW i3, BMW i8, BMW Malaysia, Info / Spyshot, Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, VTA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my