• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #ApaNakBuat: Tip Tanggalkan Pelekat Motosikal Tanpa Kesan

#ApaNakBuat: Tip Tanggalkan Pelekat Motosikal Tanpa Kesan

August 20, 2017 By ZY Leave a Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TIDAK suka pelekat amaran yang berserabut atau mahu tukar pelekat strip motosikal sedia ada kepada corak facelift terkini?

Memandangkan pelekat tersebut direka untuk tahan lama, memang mencabar sungguh mahu menanggalkannya tanpa meninggalkan kesan koyak atau gam. Video di bawah ini menunjukkan cara mudah bagaimana menanggalkan pelekat:

GUNA PEMETIK API

Pasti ada tertanya, bagaimanakah pula jika tiada pistol gam (ray gun), pengering rambut atau WD40 seperti ditunjukkan video di atas?

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Tampal Pelekat Cukai Jalan Yang Mudah Tanggal, Tanpa Kesan Gam

Begini, pertama sekali anda perlu panaskan pelekat supaya gam pelekat menjadi lembut dan mudah ditanggal. Caranya, guna pemetik api dan layurkan api yang dinyalakan atas pelekat dalam jarak kira-kira 1-2sm (jangan sampai terbakar). Mulakan bahagian bucu supaya pelekat mudah dikopek. Kemudian, tarik perlahan-perlahan sambil mengenakan haba daripada nyalaan api pemetik api itu hingga semua bahagian pelekat ditanggalkan.

Selepas pelekat ditanggalkan, bolehlah cuci kesan-kesan gam jika ada. Banyak pilihan cecair cucian boleh digunakan seperti petrol (celup sedikit kain dalam tangki motosikal), minyak Zippo atau jika terdesak, boleh saja guna cecair pencuci pinggan.

BACA >>> #TahukahAnda: Tip Mudah Tanggalkan Pelekat Cukai Jalan

Jaga-jaga, elak gunakan cecair kimia sembarangan kerana jika tidak pasti tahap kakisan. Letakkan sedikit cairan pada kain buruk atau span pencuci pinggan, dan sental perlahan-lahan pada kesan gam degil tersebut. Selepas itu, bilaskan dengan air bersih atau boleh juga guna lilin penggilap atau wax untuk membuang sisa gam yang dicuci tadi sebelum menampal pelekat strip baharu.

Tampal pelekat saja pun dah cukup untuk buatkan motor kesayangan jadi lebih segar, betul tak? 😆

Ingat, cara di atas ini hanya sesuai untuk pelekat yang ditampal pada set badan (coverset) plastik kerana rata-ratanya tiada perlindungan cat kilat (clear coat). Jika pelekat terbenam di bawah cat clear coat, seeloknya dapatkan bantuan pakar. Selamat berjaya!

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment, Roda2 Tagged With: apa nak buat, autotainment, cara tanggal sticker motosikal, motosikal, roda2, sticker motosikal, tip, tip tanggal pelekat motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my