• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bukan Setakat Kereta, HondaJet Pun Laku Keras Juga!

Bukan Setakat Kereta, HondaJet Pun Laku Keras Juga!

August 18, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEJAYAAAN dinikmati Honda hari ini bukan digapai dalam tempoh semalam. Walaupun ada menyindir berikutan dominasi pengeluar dari Jepun itu dalam carta jualan pelbagai segmen, tetapi semua itu ialah hasil usaha yang dibangunkan bertahun-tahun lama dalam mempersiapkan produk yang menepati selera pembeli.

Contohnya, Honda City hari ini terhasil selepas dua generasi terdahulu, manakala Civic baharu bangkit daripada reaksi hambar generasi sebelum itu.  BR-V pula lahir susulan sambutan dingin terhadap Honda Freed. Ya, memang tidak mudah sebenarnya. Begitu juga projek pembinaan pusat servis berskala besar di serata negara yang tahu-tahu saja sudah siap tersergam.

BACA >>> Lupakan Motor dan Kereta, Mungkin Sekarang Masanya Anda Beli Jet Honda!

DI DARAT DAN DI AIR


Malah, kejayaan Honda bukan sahaja di darat, tetapi juga di udara.

Honda Aircraft Company (HAC) pada 16 Ogos lalu mengumumkan produk sulungnya, HondaJet, iaitu pesawat yang paling banyak diserahkan kepada pelanggan sepanjang separuh penggal pertama tahun ini. Fakta itu dilaporkan Persatuan Pengeluar Penerbangan Umum (GAMA)

HAC menyerahkan 24 pesawat HondaJet kepada pelanggan di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan beberapa negara Eropah pada enam bulan pertama tahun ini. Susulan populariti tersebut, HAC kini sedang menambah baik pengeluaran bagi memenuhi permintaan pelanggan. Kapasiti pengeluaran HondaJet ialah empat unit sebulan yang dihasilkan di ibu pejabat global HAC di Grensboro, Carolina Utara.

JET RINGAN TERMAJU


HondaJet dikatakan sebagai jet ringan termaju di dunia yang tampil dengan konfigurasi unik sayap Over-The-Wing Engine Mount (OTWEM). 

Selain paling pantas, HondaJet juga mampu terbang paling tinggi, senyap, dan jimat bahan api serta menjadi pesawat bisnes paling selesa dalam kelasnya. Pesawat itu kini popular di kalangan eksekutif korporat, pemilik perniagaan, jabatan penerbangan korporat, syarikat cater dan peminat pesawat udara.

Pelanggan kami begitu berpuas hati dengan prestasi, keselesaan dan kemasan yang ada pada HondaJet. Pesawat ini berteknologi tinggi, sporti dan seolah-olah menerbangkan sebuah kereta sport yang mantap.

Kami mahu mewujudkan nilai baharu dalam bisnes penerbangan dan saya berharap lebih banyak HondaJets akan tersebut di seluruh dunia."

- Michimasa Fujino, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Aircraft

HondaJet Most Delivered In 1st Half 2017
HondaJet 2017.02
hondajet-laku
hondajet-laku-2
hondajet-laku-4
hondajet-laku-5
hondajet-laku-6

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Aircraft Company, Honda Aircraft Company (HAC), HondaJet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev