• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CBR1000RR Fireblade Kini di Indonesia - 189hp, 116Nm, RM223k

Honda CBR1000RR Fireblade Kini di Indonesia - 189hp, 116Nm, RM223k

August 19, 2017 By Admin PanduLaju 1 Comment

740
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi motosikal Honda di Indonesia, PT Astra Honda Motor (AHM), turut memperkenalkan Honda CBR1000RR Fireblade serentak kemunculan Honda CBR 250RR Art of Kabuki. Ada dua varian dilancarkan, iaitu standard ABS dan SP.

Honda CBR1000RR Fireblade dibangunkan sempena meraikan ulang tahun ke-25 model ikonik supersport Honda Motorcycle. Sebagai makluman, model tersebut pertama kali didedahkan kepada umum pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2016 di Itali.

BACA >>> Honda CBR250RR Edisi Terhad, Harga RM23,000 - Bila Tiba Giliran Malaysia?

Honda membangunkan jentera berkenaan berdasarkan konsep 'Next Stage Total Control' yang mewakili kesempurnaan pengendalian sebuah jentera supersport.

Ditawarkan secara eksklusif di 10 pusat jualan Big Wing, Honda CBR1000RR Fireblade standard ABS berharga Rp599,000,000 (RM191,680) dan Honda CBR1000RR Fireblade SP berharga Rp699,000,000 (RM223,680). Hmm.. Boleh tahan sakit jantung juga harganya.

Hanya satu warna ditawarkan, iaitu Victory Red (standard ABS) dan HRC Tri-Color (SP).

KARAKTER BERBEZA

Kedua-dua varian CBR1000RR Fireblade memiliki karakter berbeza pada bahagian suspensi, brek, ciri Quickshifter dan Downshift Assist. Tangki minyak varian SP daripada material titanium mengurangkan berat jentera 1kg berbanding standard. Malah, model CBR1000RR Fireblade pun sudah diringankan 15kg berbanding generasi terdahulu.

Bahagian mekanikal masih mempertaruhkan enjin DOHC 16-injap 4-silinder sebaris 999cc dengan menggunakan beberapa komponen baharu dan penambahbaikan ke atas beberapa bahagian enjin.

Hasilnya, supersport tersebut lebih berkuasa 10hp berbanding versi terdahulu dengan menjadikan jumlah kuasa 189hp pada 13,000rpm dan tork 116Nm pada 11,000rpm, manakala hantaran kuasa kepada roda belakang bergabung dengan sistem transmisi 6-kelajuan, dan tambahan ciri Quickshifter untuk varian SP.

Bahagian nisbah mampatan meningkat kepada 13:1 daripada 12.3:1, manakala saiz gerek dan lejang kekal sama, 76mm x 55.1mm. Penunggang juga boleh memilih tiga mod Aktif, dan tiga mod Manual mengikut keselesaan tunggangan.

GALERI

Related

740
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda CBR1000RR Fireblade, motosikal, PT Astra Honda Motor (AHM), roda2, supersport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my