• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Auto Untung RM2.79b Sepanjang 6 Bulan Pertama Tahun Ini

Geely Auto Untung RM2.79b Sepanjang 6 Bulan Pertama Tahun Ini

August 19, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

281
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GEELY Auto Group (GAG) ditubuhkan pada 1997 dan kini mempunyai lebih 30,000 orang pekerja di 11 kilang pengeluaran di bawah jenama Geely Auto. Syarikat itu ialah subsidiari kepada Zhejiang Geely Holding Group (ZGH), iaitu pengeluar automobil terkemuka yang berpangkalan di Hangzhou, China. ZGH turut mempunyai pegangan saham dalam Proton dan memiliki sepenuhnya jenama kereta sport dari Britain, Lotus.

GAG juga memegang 50 peratus kepentingan dalam jenama Lynk & Co. Baru-baru ini GAG mengeluarkan laporan kewangan penggal pertama 2017 dengan angka memberangsangkan.

BACA >>> Trivia Geely - Gergasi Automotif China - yang Perlu Anda Tahu

PEROLEHAN DAN KEUNTUNGAN

Perolehan penggal pertama 2017 mencecah CN¥39.424 bilion (RM25.4 bilion), meningkat 118 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Keuntungan pula berjumlah CN¥4.344 bilion (RM2.79 bilion), meningkat 128 peratus dalam tempoh sama tahun lalu.

Margin untung kasar separuh penggal pertama 2017 ialah 19.2 peratus, meningkat 8 peratus dalam tempoh sama tahun lalu. Pendapatan sesaham atau diluted Earnings Per Share (dilute EPS) mencapai 47.68, peningkatan 120 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

JUALAN KENDERAAN & MODEL GENERASI 3.0

Geely Auto menjual 530,627 unit kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama 2017, peningkatan 89 peratus dalam tempoh sama tahun lalu. Kenderaan generasi 3.0 Geely Auto dilancarkan pada Disember 2014, dan berjaya meningkatkan daya saing syarikat, pendapatan operasi, keuntungan, dan imej jenama.

BACA >>> 48 Foto Ini Akan Buat Anda Jatuh Cinta Pada Geely Boyue

Berpegang kepada misi jenama 'Menghasilkan Kereta yang Diperhalusi untuk Semua', Geely Auto melancarkan empat model baharu iaitu, Bo Yue SUV, Geely GC9, Emgrand GS, dan Emgrand GL, di mana semua model ini menunjukkan prestasi yang sangat baik.

BO YOU
BO YOU
EMGRAND GS
EMGRAND GS
EMGRAND GL
EMGRAND GL
GC9
GC9

Antara barisan model tersebut, segmen SUV menunjukkan pertumbuhan jualan paling luar biasa sepanjang penggal pertama 2017. Bo Yue SUV, Emgrand GS, dan Vision SUV terjual 233,482 unit! SUV paling besar, iaitu Bo Yue menjadi kenderaan paling laris (116,932 unit), meningkat 509 peratus dalam tempoh sama lalu.

Bagi segmen kereta, Geely Auto menjual 292,314 unit pada penggal pertama 2017 yang terdiri daripada New Emgrand (117,718 unit), segmen A+ Emgrand GL (45,486 unit) dan Geely GC9 (16,404 unit). Dalam pasaran tenaga baharu, Emgrand EV (7,982 unit) menjadi model EV antara paling laris di China.

Geely Auto terus mengekalkan keseimbangan antara segmen sedan dan SUV dengan peningkatan pegangan di pasaran China kepada 5 peratus.

BACA >>> Geely Sah Jadi Rakan Strategik Proton - Lotus Kini Milik Geely

SASARAN JUALAN DAN DEBUT MODEL BAHARU

New Emgrand GT (2018)

Geely Auto kekal berada di landasan terbaik untuk mencapai sasaran jualan tahunan yang diselaraskan kepada 1.1 juta unit tahun ini, dan bakal dicapai melalui model-model yang sudah dan bakal dilancarkan pada penggal kedua 2017.

Geely Auto juga baru sahaja memperkenalkan model Geely GC9 pada 1 Ogos lalu, dan tidak lama lagi bakal disusuli SUV subkompak atau crossover. Pada suku keempat 2017, Geely Auto akan melancarkan SUV serba baharu dan model utama 2018 seperti New Emgrand, New Vision dan Vision SUV.

Related

281
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Geely Auto, Zhejiang Geely Holding Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev