• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: 'Belalang Tempur' - Legenda Motosikal Adiwira Sepanjang Zaman

#RetroAuto: 'Belalang Tempur' - Legenda Motosikal Adiwira Sepanjang Zaman

August 17, 2017 By Aryon Leave a Comment

13.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda membesar sekitar era 90-an, kelibat Belalang Tempur tentu tidak asing lagi dalam kotak fikiran. Itulah motosikal kesayangan Suria Perkasa Hitam dalam drama TV bersiri adiwira dari Jepun, berjudul Kesatria Baja Hitam yang pernah mewarnai kehidupan kanak-kanak Malaysia suatu masa lalu.

Di negara asalnya, Suria Perkasa Hitam dikenali sebagai Kamen Rider, atau Masked Rider Black (turut digunakan sebagai judul drama TV di Barat), manakala Belalang Tempur ialah terjemahan daripada perkataan Batoru Hoppā dalam bahasa Jepun, atau Battle Hopper (bahasa Inggeris).

BACA >>> #RetroAuto: Peugeot 404 Pernah Jadi Teksi KL, Siri Kartun 'Din Teksi' Imbau Nostalgia

Tiga bajingan utama, Gorgom
Tiga bajingan utama, Gorgom
Detik pertama Kotaro Minami berjumpa Belalang Tempur
Detik pertama Kotaro Minami berjumpa Belalang Tempur

Belalang Tempur ialah 'motosikal bernyawa' ciptaan tiga penjahat utama dalam siri tersebut, Gorgom yang asalnya dibina khas untuk kehadiran raja kejahatan baharu, Suria Perkasa Hitam (Black Sun) dan abang angkatnya, Bayangan Bulan (Shadow Moon).

Namun, Kotaro Minami (alter ego kepada Suria Perkasa Hitam) terselamat daripada diindoktrinasi Gorgom sebagai raja kejahatan. Saat berlari menyelamatkan diri itulah dia bertemu Belalang Tempur yang membantu dia pergi jauh daripada buruan Gorgom.

BACA >>> Skandal Emisi Diesel [SIRI 3]: Kartun Jadi Medium Protes, Volkswagen 'Dibahan' Teruk

KEISTIMEWAAN BELALANG TEMPUR

shadow-moon-bayangan-bulan-dan-belalang-tempur
belalang-tempur-10
suria-perkasa-hitam-jalan
battle-hopper-kamen-rider-black

Belalang Tempur memiliki keupayaan baik pulih kerosakan sendiri, dan akan pergi kepada Suria Perkasa Hitam apabila namanya diseru. Jurus istimewa Belalang Tempur adalah teknik rempuhan musuh (dipanggil 'Dynamic Smash') dalam kelajuan tinggi.

Pada penghujung siri, kuasa Batu Raja (King Stones) membolehkan Bayangan Bulan memukau Belalang Tempur sebagai senjata melawan Suria Perkasa Hitam sebelum dia dapat melenyapkan kesan pukau tersebut. Sebagai tanda menyesal dan membalas jasa tuannya, Belalang Tempur nekad membunuh diri dengan merempuh Bayangan Bulan sebelum dirinya rosak teruk dan hampir maut (sedih betul masa ni). 

Siri pertama Kesatria Baja Hitam tamat tanpa menunjukkan apa yang berlaku terhadap nasib Belalang Tempur. Namun, teka-teki itu tidak lama kerana motosikal bernyawa kesukaan ramai itu muncul semula dan bergabung dengan Suria Perkasa Hitam RX dalam siri sambungan Black RX.

BACA >>> Iron Man Muncul Pandu Hyundai Kona Edisi Khas di Ibu Kota London

MODEL SEBENAR BELALANG TEMPUR?

Dalam dunia fantasi, spesifikasi dimiliki Belalang Tempur memang tidak masuk dek akal. Prestasi motosikal berwajah belalang itu adalah sekuat sebuah supercar dengan kuasa kuda melebihi 400hp dan kelajuan maksimum sepantas pesawat pejuang! Wow, sudah nama pun kenderaan utama adiwira!

Berikut spesifikasi BELALANG TEMPUR:


PANJANG: 222 cm
TiINGGI: 124 cm
BERAT: 118.2 kg
KELAJUAN: 500kmj
KUASA: 415hp

Realitinya, spesifikasi di atas sekadar dalam drama TV sahaja, dan tidak pernah wujud serta dijual di mana-mana kedai motosikal seluruh dunia, termasuk di Jepun sekalipun. Namun faktanya, motosikal prop itu dibina berasaskan model dirtbike, Suzuki RA125 (1984). Sekarang mari kita lihat spesifikasi Belalang Tempur 'sebenar' di dunia nyata:

SUZUKI RA125 (1984)


ENJIN: 2-lejang penyejukan cecair, silinder tunggal, injap reed
SESARAN: 124cc
KUASA MAKSIMUM: 21hp @ 8,000rpm
TORK MAKSIMUM: 19.6Nm @ 7,500rpm
Berat: 96kg
TAYAR: 80/80-21 (depan); 110/80-18 (belakang)
HARGA: ¥266,000 (RM10,324)

Kehadiran Belalang Tempur pastinya menjadi kenangan zaman kanak-kanak 1990-an yang sukar dilupakan, dan selayaknya digelar legenda motosikal adiwira sepanjang zaman di Malaysia! Tabik!

GALERI
belalang-tempur-8
belalang-tempur-7
belalang-tempur-1
belalang-tempur-5
belalang-tempur-4
Tiga bajingan utama, Gorgom
Tiga bajingan utama, Gorgom
shadow-moon-bayangan-bulan-dan-belalang-tempur
belalang-tempur-6
belalang-tempur-2
belalang-tempur-3
Detik pertama Kotaro Minami berjumpa Belalang Tempur
Detik pertama Kotaro Minami berjumpa Belalang Tempur
belalang-tempur-9
belalang-tempur-10

SUMBER: KamenRiderWikia | Kamen Rider Black

Related

13.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Auto Retro, autotainment, Belalang Tempur, Kesatria Baja Hitam, Masked Rider Black, motosikal, retro, roda2, Suria Perkasa Hitam, Suzuki RA125

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev