• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford GT '67 Heritage Edition Imbau Detik Gemilang 24 Hours of Le Mans 1967

Ford GT '67 Heritage Edition Imbau Detik Gemilang 24 Hours of Le Mans 1967

August 16, 2017 By Han Othman 1 Comment

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD Ogos tahun lalu mendedahkan Ford GT '67 Heritage Edition sempena penghormatan kepada kejayaan yang dicapai model itu dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans pada 1967. '67 Heritage Edition secara mekanikal ialah model Ford GT normal yang menggunakan seragam MkIV GT40 yang pernah menjuarai perlumbaan enduran berprestij tersebut pada 50 tahun lalu.

Dicatkan warna merah, Race Red berkilat dengan strip putih, '67 Heritage Edition berkongsi skema warna sama dengan MkIV GT40 yang ketika itu dipandu pemandu Amerika Syarikat, Dan Gurney dan A J Foyt. Selain warna tersebut, kereta edisi khas itu turut dilekapkan pelekat nombor satu, strip sisi putih dan pelekat 'FORD' di sudut depan gerbang roda belakang. Rim tempaan aluminium 20-inci mendapat kemasan satin perak berserta nat lag hitam.

gt40-24-hours-of-le-mans-1967-2
gt40-24-hours-of-le-mans-1967-1
gt40-24-hours-of-le-mans-1967-3

BACA >>> Mod 'Quiet' Ford Mustang GT (2018) Tukarkan Bunyi Ekzos Sesenyap Honda Jazz

Menjengah ruang kabin, '67 Heritage Edition menampilkan upholsteri serba hitam dengan trim benang merah, tali keledar merah, pedal anjakan kelabu teranod, trim kerusi kulit baharu, sil pintu gentian karbon matt, konsol tengah gentian karbon matt. Setiap unit '67 Heritage Edition juga diberikan plat identiti bersiri tersendiri.

Menurut Ford, model edisi terhad itu akan berada di pasaran menjelang 2018.

BACA >>> #RetroAuto: Henry Ford - Lelaki yang Mengubah Industri Automotif

GALERI

ford-gt-67-heritage-edition-1
ford-gt-67-heritage-edition-2
ford-gt-67-heritage-edition-9
ford-gt-67-heritage-edition-6
ford-gt-67-heritage-edition-8
ford-gt-67-heritage-edition-5
ford-gt-67-heritage-edition-3
ford-gt-67-heritage-edition-4
ford-gt-67-heritage-edition-7

SUMBER: Road & Track

Related

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 24 Hours of Le Mans, A J Foyt, Dan Gurney, Ford, Ford GT '67 Heritage Edition, Ford GT40, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev