• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Monday Motorbikes M1 - Bakal Jadi Gaya Baharu Kenderaan Warga Kota

Monday Motorbikes M1 - Bakal Jadi Gaya Baharu Kenderaan Warga Kota

August 15, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


MONDAY Motorbikes (MB) M1 ialah motosikal elektrik atau e-bike yang dibina untuk memudahkan pergerakan dalam bandar dengan ilham rekaan berasaskan moped klasik 1970-80-an. Jadi, tidak hairan MB M1 tampil dengan gaya motosikal vintaj bersama praktikaliti sebuah basikal.

Direka dan dibina di California, Amerika Syarikat (AS), M1 dikuasakan bateri mudah alih yang boleh dicas penuh menerusi soket sandard di rumah selama lima jam, termasuk menerusi pembrekan jana semula (regenerative braking).

Bersama penampilan mirip scrambler neo-retro, M1 dipakejkan saiz enjin kompak yang bersesuaian rekabentuk badan e-bike serba minimalis itu.

LENGKAP CIRI MODEN

Dalam mod Economy, prestasi M1 akan ditala mengikut peraturan basikal elektrik di California dengan halaju sekitar 32kmj dan dengan jarak 56km. Ini bermaksud, penunggang boleh menunggang M1 sepanjang hari asalkan berada dalam lorong basikal, malah boleh diparkir hampir di mana-mana kawasan.

Dalam mod Sport pula, penunggang boleh melaraskan kelajuan hingga 64kmj, dan mmiliki cukup tork untuk mendaki sebarang bukit curam di San Francisco. Sementara itu, panel instrumen bukan saja memaparkan penggunaan kuasa semasa, tetapi turut tersedia port USB, penghidup tanpa kunci siap diprogram dengan kata kunci, dan sambungan Bluetooth untuk kegunaan telefon pintar.

Kini, pengeluar basikal dari California itu mengharapkan kehadiran M1 dapat mempelbagaikan lagi pilihan pengangkutan dalam bandar di kalangan warga kota.

Aspek mekanikal M1 dikuasakan tenaga elektrik sepenuhnya yang dijana daripada bateri litium mesra alam dan 100 peratus boleh disenggara dan dikitar semula.

GALERI

SUMBER: Design Boom

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: basikal elektrik, California, e-bike, M1, Monday Motorbikes, Monday Motorbikes M1, motosikal elektrik, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my