• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Peugeot 108 Tampil 2 Varian Edisi Khas - 'Collection' dan 'TOP! Roland Garros' (Siapa Pula Dia Ini?)

Peugeot 108 Tampil 2 Varian Edisi Khas - 'Collection' dan 'TOP! Roland Garros' (Siapa Pula Dia Ini?)

August 15, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


PEUGEOT kini meluaskan lagi barisan 108 untuk pasaran Britain dengan menambah dua edisi khas baharu, Collection dan TOP! Roland Garros.

Peugeot 108 Collection ditampilkan dalam personaliti premium, di mana pembeli dapat memberikan sentuhan kreativiti tersendiri terhadap kereta yang mereka beli. Kereta tersebut didatangkan dengan lima pilihan warna luaran (yang kontras berbanding warna dalaman), pelekat 'strip kelajuan' untuk luaran, rim aloi 15-inci, karpet dan sil pintu bercirikan personal, termasuk roda stereng dan tombol gear dibalut kulit.

Aspek teknologi menampilkan ciri skrin sentuh warna 7-inci, kamera undur berwarna, cermin sisi elektrik, dan sistem entri tanpa kunci Open & Go.

BUMBUNG FABRIK BOLEH BUKA

peugeot-108-uk-6
peugeot-108-uk-5

Sementara itu, model 108 TOP! Roland Garros pula didatangkan dengan bumbung fabrik elektrik boleh tarik berwarna jingga (untuk model warna hitam), dan navigasi satelit. Ciri lain ialah sistem masukan tanpa kunci Open & Go, cermin gelap, lampu siang (DRL) LED, penyaman udara automatik, kamera undur berwarna, dan skrin sentuh 7-inci yang didatangkan bersama port USB, berserta sambungan Bluetooth, dan Peugeot Mirror Screen.

Peugeot 108 TOP! Roland Garros akan didatangkan dalam varian 3 dan 5-pintu, manakala kuasa dijana enjin petrol 1.2L PureTech 82. Harga model edisi istimewa TOP! Roland Garros bermula £13,360 (RM74,368), manakala spesifikasi Collection berharga £12,180 (RM67,799).

GALERI

peugeot-108-uk-2
peugeot-108-uk-6
peugeot-108-uk-5
peugeot-108-uk-4
peugeot-108-uk-3
peugeot-108-uk-1

SUMBER: Car Scoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: edisi khas, Peugeot, Peugeot 108, Peugeot 108 Collection, Peugeot 108 TOP! Roland Garros, Peugeot UK, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev